Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sarapan Pagi Mix FM Bersama Aishah Dan Rod

 

 

 

MIX fm kini terus bersaing dari masa ke semasa dan secara tidak langsung menjadikan stesen ini sebagai stesen  kegemaran dikalangan penonton muda yang berada dipertengahan umur  antaranya 25 hingga 39 tahun. Radio ini juga memainkan gabungan lagu-lagu kontemporari era 90 hingga kini.  

 

MIX fm hari ini telah mengumumkan kedatangan peyampai baru bagi rancangan Sarapan Pagi MIX fm Breakfast iaitu bersama Aishah & Rod yang telah pun ke udara hari ini buat kali pertamanya menggantikan Sarimah Ibrahim. Aishah Sinclair, seseorang yang bukan baru dalam industri hiburan kini telah menyertai Rod dalam rancangan  Sarapan Baru MIX fm, The New MIX fm Breakfast with Aishah and Rod.

 

 

 

Penglibatan Aishah Sinclair dalam dunia penyiaran bukanlah suatu perkara yang baru baginya. Beliau juga adalah seorang peguam dan seorang pelakon serba boleh dengan gaya tersendiri. Aishah juga merupakan seorang ibu kepada dua orang anak memiliki semangat dan minat sangat mendalam dalam persekitaran semula jadi. Beliau adalah ahli pengasas dan berada dalam Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Anak Warisan Alam, sebuah NGO yang berdedikasi untuk mendidik belia mengenai kepentingan memulihara alam sekitar.

 

 

Kami gembira degan kehadiran Aishah Sinclair bersama keluarga barunya MIX fm, kami percaya dengan adanya personaliti dan pengetahuan daam bidang penyiaran, beliau akan menyampaikan persembahan yang terbaik sebagai platform radio-pendengaran untuk pendengar MIX fm“, kata Raqeem Brian, Pengurus Rangkaian Kandungan Astro Radio.

 

 

Teruskan  mendengar MIX Breakfast Show yang membawa anda ke titik permulaan yang baik setiap hari! Luangkan masa anda bersama The New MIX fm Breakfast with Aishah and Rod bermula jam  at 6 pagi hingga 10 pagi. Selain itu, anda turut berpeluang dan mendapatkan suntikan hariandengan adanya  berita –berita hiburan di pertandingan pupolar, dan cerita-cerita yang menarik bersama Aishah dan Rod!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.