Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Yang Menarik Bila Shopping Di Hatyai Thailand

Hatyai merupakan sebuah bandar komersil dan ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Lokasi Hatyai sebenarnya agak jauh dari sungai dan pantai, tetapi ia tetap menjadi tumpuan pelancong untuk melawat bandar Hatyai. Antara aktiviti menarik kat Hatyai ialah membeli belah atau ‘shopping’. Apa Yang Menarik Bila Shopping Di Hatyai Thailand?

Pekan Hatyai juga adalah transit pelancong untuk ke pulau Koh Lipe dan pulau sekitar daerah Satun di Thailand, untuk ke Songkhla atau menuju ke Phatthalung. Ia menjadi pilihan pelancong untuk persinggahan sementara sebelum ke pulau dan selepas ke pulau.

Baca : Tempat Best Di Hatyai Thailand

Shopping Di Hatyai Thailand

Apa Yang Menarik Bila Shopping Di Hatyai Thailand

 

Antara yang menjadi pilihan pembeli di sini ialah pakaian, aksesori, beg tiruan dan macam-macam lagi. Yang paling popular ialah Tshirt yang sudah dicetak dan juga baju Jersi Bola tiruan tetapi dengan kualiti yang premium. Banyak design menarik dengan kualiti yang bagus dan dijual dari RM10 hingga RM20 sehelai.

Biji Gajus Goreng memang terkenal di Hatyai. Harga jualan cuma sekitar RM18 bagi setiap kilo dan anda boleh pilih beberapa jenis Biji Gajus Goreng yang ada samada biasa, rangup dan juga campuran perasa lain. Jangan risau, ramai yang meniaga di sekitar pasar Hatyai ialah orang Islam dan produk halal.

Buah-buahan juga menjadi tarikan utama. Antara yang best ialah buat Nenas Phuket yang manis, Buah Mangga, Buah Mata Kucing dan juga Jambu Air. Harga murah berbanding Malaysia. Sayang kita tidak dibenarkan mrmbawa pulang buah-buahan ini kerana ia antara benda yang perlu dikuarantin. Kalau nak rasa, beli dan makan kat sana ;).

Ini antara barang-barang yang MrJocko beli di Hatyai. Paling banyak ialah Tshir, hampir RM150 habis untuk Tshirt sahaja. Pun begitu ia berbaloi.

Benda lain banyak yang menarik, cuma untuk kali ni MrJocko beli barang-barang ni sahaja. Cukup la untuk kenangan ke Hatyai, Thailand. InsyaAllah, ada rezeki tahun depan boleh lagi singgah ke Hatyai, Amin. 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.