Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands

Kalau ditanya, apa nama pusat membeli belah yang tertinggi di Malaysia? Sudah pasti saya akan bagi title tersebut kepada Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands. Terletak di ketinggian 1,865 meter (6118 kaki) dari paras laut, ia adalah pusat membeli belah tertinggi di Malaysia setakat ini.

Kalau nak kirakan luas SkyAvenue dan juga Sky Plaza Genting, ia merangkumi sehingga 70,000 square feet (kaki persegi). Memang luas.

Cara paling mudah untuk ke SkyAvenue Genting adalah dengan menaiki kereta kabel dari Stesen Awana SkyWay dan turun di Stesen SkyAvenue yang terletak di Tingkat 4.

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands

SkyAvenue Genting Highlands menawarkan pelbagai pilihan butik pakaian, kedai runcit, restoran dan hiburan di Genting Highlands. Kebanyakan kedai, restoran dan kafe di pusat beli-belah empat tingkat ini dibuka antara pukul 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Sementara kedai-kedai hiburan lain, seperti Picture House Cinema beroperasi sehingga lewat setiap hari. Jenama yang terkenal di sini termasuk Thomas Sabo, Calvin Klein, Charles & Keith, Adidas, Austin Reed, Pandora, Tissot, Tomei, dan Sephora.

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands
Eskelator menuju ke SkyTropolis

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands

Shopping Mall SkyAvenue Genting Highlands

Baca : MrJocko dan Genting Highlands

Salah satu ciri yang paling mengagumkan ialah di kawasan atrium utamanya, yang dilengkapi dengan skrin paparan LED yang besar dan pemasangan winch yang dipanggil SkySymphony. Pengunjung boleh menikmati tiga pameran bertema yang menggabungkan grafik audio, visual dan gerakan yang terkini. Ia akan mengadakan persembahan setiap dua jam sehingga jam 6.00 dan setiap satu jam sehingga waktu tengah malam.

SkyAvenue Genting juga menempatkan cawangan pertama Burger & Lobster London di Malaysia, Motorino Brooklyn, dan Paris ‘Cafés Richard. Itu untuk menu premium. Kalau nak rasa citarasa tempatan, ada pilihan alternatif. Boleh ke Malaysian Food Street di Tingkat 4. Ada sebuah restoran makanan bertemakan retro yang menjual hidangan asli dan snek asli Malaysia oleh gerai penjaja KL, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Ipoh.

Kalau dulu kawasan bangunan ini adalah tapak asal kolam mainan air dan juga tasik. Kini tersergam indah bangunan shopping mall yang tertinggi di Malaysia.

Ada rezeki, boleh singgah di SkyAvenue Genting Highlands dan rasa sendiri pengalaman membeli belah di ketinggian 1,865 meter dari paras laut.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.