Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Siapa Nak Income RM100,000 Setahun?

Hari ni, Nuffnang Malaysia masuk paper The Star lagi. Link berita boleh tengok di sini. Semestinya topik hangat pasal Nuffnang, konsep pengiklanan secara Online oleh pihak Nuffnang dan juga geng-geng blogger yang berdaftar di bawah naungan Nuffnang Malaysia.

Apa yang hebat pasal Nuffnang? Banyak,,, korang boleh masuk sendiri website Nuffnang Malaysia dan baca sendiri. Boleh tahu camana Nuffnang ditubuhkan. Boleh dapat info, apa kelebihan owner blogger atau website, sekiranya mereka mendaftar dengan Nuffnang. Camana nak jana pendapatan secara passive atau passive income, semua ada di dalam. 
Bagaimana Nuffnang boleh kumpul sehingga 300,000 blogger di 7 buah negara, termasuk Malaysia, Thailand, Phillipines, Singapore dan Australia. Begitu kuat juga jenama Nuffnang ni. Kalau tidak masakan boleh jana pendapatan kasar RM9.13 juta pada tahun 2010 dengan hanya bermodalkan RM150,000 sahaja, hebat kan???
bagaimana blogger boleh dapat hasil dengan Nuffnang? Mudah, blogger cuma perlu mendaftar di Nuffnang dan kongsi space untuk ruang iklan yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Samada blog korang blog kecil, pembaca cuma 10 orang sehari, sehingga lah blogger terkenal, korang tetap ada peluang untuk dapat komisen atau token hasil dari perkongsian iklan di laman web atau blog korang. Mudah kan???
Jangan terkejut jika ada blogger di bawah naungan Nuffnang mampu mendapat imbuhan sehingga RM100,000 setahun. Siapakah itu? Adaka brader Mat Tiger ini? Atau Dato K ini? Atau juga Kakak Merah??? Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu… 🙂
So, apa lagi, dari buang masa duk ngumpat, kutuk orang lain, fitnah kawan-kawan, heboh pasal skandal sana sini, goosip Rozita Che Wan dan Siti Nurhaliza, ada baik korang buat blog. Cerita la pasal masak masak ker, pasal jalan ke pasar tani ker, citer ayam bertelur ke atau pasal cicak putus ekor, masukkan iklan Nuffnang, InsyaAllah, ada rezeki.
Usaha itu tangga kejayaan,,, tulis sikit-sikit, lama lama jadi penulis,,, 🙂

MrJocko.com

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.