Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Semalam singgah di kawasan tanah tinggi Nikko City. Pengalaman bermalam di Kinugawa Park Hotel antara pengalaman unik dan terbaik selama melancong ke Jepun. Kali ni, nak cerita Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat, bandar Nikko City yang ada pelbagai tarikan tempat menarik di Tochigi Prefecture.

Seawal pagi, sekitar jam 5.00 pagi, salji masih lagi turun di kawasan ini. Sehingga jam 8.30 pagi, ia masih lagi turun walaupun tak banyak. Kawasan penginapan kami, Kinugawa Park Hotel masih lagi ada timbunan salji yang memutih. Cantik.

Baca : Lokasi Cuti-Cuti Best Di Chiba Jepun

Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Dari hotel kami bergerak singgah sekejap di salah satu Taman Negara di sini. Kalau tak silap, Nikko National Park. Ia antara hutan simpan yang mempunyai view yang cantik. Lebih lebih lagi, musim sejuk, ia memutih dengan salji di kaki bukit dan juga di persisir tebing sungai.

Dari national park, kami ke Rinnoji Temple. Ini antara binaan Buddhist Temple yang terkenal di Nikko City, terbina sejak tahun 766 masihi lagi. Apa yang menarik di sini ialah binaan satu bangunan yang punyai gema yang unik. Nanti MrJocko kongsikan dalam entry akan datang.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Tobu World Square, salah satu taman tema terkenal di Nikko City. Apa yang menarik tentang Tobu World Square ialah ia merupakan lokasi bandar bandar kecil (mini building) yang dibina, menyerupai bangunan-bangunan terkenal di dunia, termasuk Eiffel Tower, World Trade Centre, Taipei 101, Sky Tree, Tokyo Station dan banyak lagi.

Di sini pun banyak yang boleh MrJocko kongsi tentang apa yang menarik di Tobu World Square. Ia bukan sekadar taman tema, tapi lebih kepada destinasi pelancongan global yang santai dan sangat berinformasi.

Yang paling best, semestinya destinasi binaan bangunan dan keretapi laju yang menggambarkan negara Jepun. Akan ada perkongsian cerita tentang Taman Tema Tobu World Square di Nikko City, Tochigi ini di blog travel MrJocko.

Baca tentang Tobu World Square di sini https://www.tobuws.co.jp/en/

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Aktiviti malam kami agak menarik, dengan sesi belajar memasak mee Soba Soba dengan salah satu Chef terbaik di Jepun. Tak lupa juga makan malam terakhir di Chiba bersama dengan wakil Chiba Prefecture.

Lepas semua selesai MrJocko lari kejap naik LRT ke AEON Makuhari untuk singgah lihat barang G-Shock di sana. Alhamdulillah, akhirnya, malam terakhir, dapat juga beli 2 set jam Limited Edition 35th Anniversary Redout.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 4 Hari Keempat

Penat,,, memang penat. tetapi ia satu pengalaman yang menarik MrJocko di Chiba Prefecture dan Tochigi Prefecture. Memang lokasi destinasi pelancongan di Chiba dan Tochigi ni banyak yang belum diterokai bagi pelancong Malaysia.

Ada banyak lagi MrJocko nak kongsi tentang Chiba. Jangan, lupa Subscribe dan Follow blog MrJocko www.mrjocko.com Travel Blogger Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.