Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

1st Day Khalisha di Darjah Satu

Anak sulung aku, Khalisha sudah berumur 7 tahun. Dan sudah sampai masa untuk ke Darjah Satu. Oleh kerana dia dah ke Tadika Cina sejak umur 5 tahun, maka dia juga ke Darjah Satu Sekolah aliran Cina.

Yes, memang akan banyak dugaan pasal sekolah aliran Cina ni banyak latihan dan banyak subjek berbeza sekolah Darjah Satu biasa. Nak buat camana, dah nak ajar dia supaya pandai sikit sebanyak cakap bahasa Mandarin, kena la berkorban sikit.

Melawat kawasan sekolah
Training untuk naik BAS
Hari orientasi Khalisha pada 30 Dec yang lepas. Kira aku dan wife kena ambik cuti la pasal nak kena ajar dia biasakan diri dengan keadaan sekolah. Semalam pulak, hari pertama sekolah. Pun kena datang pasal nak bagi dia semangat. Aku tengok Cikgu dia ajar semua dalam Mandarin. Dan terkebil2 dia tak faham. Maybe Mandarin yang lebih advance dari Mandarin yang dia belajar kat Tadika.
Hari pertama sekolah ada training pasal pengenalan sekolah, bilik bacaan, kantin dam juga berkumpul untuk pulang. Satu-satu diajar dan semua dalam Mandarin. Dah la dalam kelas, cuma dia dan seorang lagi budak lelaki melayu yang belum pandai cakap Mandarin. Nampak memang kesian…
Separuh hari aku kat sana, dan aku lihat memang tough. Harap-harap Khalisha dapat sesuaikan diri. Amin…
Tengok Bag Khalisha, berat yang amat,,,

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.