Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bajau Laut Di Perairan Semporna, Sabah

Andai anda ada peluang melancong ke Sabah, cuba ambil masa untuk singgah ke Semporna, Sabah. Salah satu lokasi perairan pantai dan pulau yang sangat menarik dan unik di Malaysia. Anda boleh melihat sendiri banyak pemandangan laut, pantai dan pulau yang sememangnya bertaraf dunia dan masih hijau. Semporna memang terbaik.

 

Beberapa kilometer ke laut menghala ke kepulauan kecil di sekitar perairan Semporna anda akan lihat ada banyak kehidupan unik di Semporna. Ada banyak rumah-rumah berasaskan pokok gelam atau bakau yang di dirikan di tengah-tengah laut. Ini bukan penempatan sementara, ada antaranya sudah didirikan selama 10 tahun lamanya. Itu lah rumah Bajau Laut dan komuniti Bajau Laut di Semporna, Sabah.

 

 

 

 

 

 

Kehidupan mereka memang berasaskan Laut. Hidup mereka sebagai penghuni persisir pantai dan juga laut. Ada antara mereka hanya hidup di dalam bot, namun paling ramai mendirikan rumah di atau laut untuk meneruskan kehidupan mereka. 

 

Siapa mereka? Siapa Bajau Laut? Mereka dikatakan rakyat yang tiada warganegara. Mereka tidak dapat di sahihkan samada rakyat Malaysia, Filipina ataupun Indonesia kerana mereka memang tidak mempunyai sebarang dokumen. Anak-anak mereka tidak bersekolah dan meneruskan hidup menyambung legasi kerja dan warisan keluarga mereka.

 

Bajau Laut ini ramai yang bekerja menjadi nelayan dan menjual hasil tangkapan ke darat untuk dapatkan beras dan juga keperluan lain. Begitu ringkas kehidupan mereka.

 

Jika anda ada kesempatan ke Semporna dan ingin menaiki bot mengelilingi pulau-pulau kecil sekitar Semporna, Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau lain, MrJocko cadangkan bawa sedikit beras, pakaian terpakai atau benda-benda lain yang boleh di kongsikan dengan mereka. Sedikit yang kita kongsi, besar guna kepada mereka. 

 

Bajau Laut di Semporna memang satu komuniti yang unik. Hanya ada di sana, dan anda tak akan lihat di mana-mana di Malaysia dan Asia. Untuk ke Semporna, anda boleh menaiki penerbangan ke Tawau, Sabah. Kemudian meneruskan perjalanan ke Semporna menaiki Bas selama 3 jam atau kereta selama satu jam. Anda boleh menginap di Dragon Inn Chalet. Dari pekan Semporna, boleh sewa bot persendirian dengan harga RM200 untuk mengelilingi pulau dalam masa 4-5 jam. Mudah kan???

 

Nak baca story dan gambar lain pasal Semporna boles baca SINI.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.