Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Yang Sedap

Resipi Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Yang Sedap, itu yang wife MrJocko suruh cari sebab dia terliur nak cuba jeruk asam boi dengan mangga yang kini menjadi bualan setiap mulut. Nak cari Mangga Asam Boi ni kat kedai, tak tahu kat mana nak beli.

Bila dah Google di internet, ada banyak cara yang dikongsikan di internet tentang cara buat jeruk mangga asam boi ini. Walaupun nampak sama tetapi cara buat mangga asam boi berbeza mengikut citarasa orang yang buat mangga asam boi. Satu lagi masalah, mana nak tahu Jeruk Mangga Asam Boi mana yang sedap.

Baca : Resipi Resipi Masakan Sedap Hanya di Blog MrJocko

Akhirnya, selepas mencari, antara cara buat jeruk mangga asam boi yang nampak sedap ialah yang MrJocko dapat dari Blog RossaCalla.blogspot.com

Cara Buat Mangga Asam Boi
Resipi Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Yang Sedap





Bahan-bahan Untuk Buat Jeruk Mangga Asam Boi

Mangga muda

Asam boi

Gula ( lebihkan )

Garam

Cili padi potong ( lebihkan jika suka pedas )

Belacan
(Cuka Makan – jika mahu)

Cara-cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi

Ada orang suka makan mangga dengan kulit. Tetapi untuk lagi sedap dan bersih, baik kupas dan buang kulit buah mangga. Kupas dan belah buah mangga, cuci dan rebuskan sehingga air agak kering.

Gaulkan mangga dengan Asam Boi, Gula, Garam Cili Potong dan sedikit Belacan.

Simpan campuran jeruk mangga asam boi ini dahulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 hingga 5 jam. Selepas itu, jeruk mangga asam boi ini dah siap untuk dimakan.

Camana dengan resipi jeruk mangga asam boi ini? Mudahkan cara buat jeruk mangga asam boi ini. Untuk gula, garam dan belacan, anda boleh sesuaikan dengan citarasa anda. Cuma kebiasaannya, gula lebih dari garam untuk memberikan rasa kepada magga muda. Ada orang tambah cuka makan dan juga sedikit kicap. Terpulang kepada masing-masing punya cara.

Apa pun, selamat menikmati Jeruk Mangga Asam Boi buatan sendiri. Anda mesti akan lebih puas hati menikmati jeruk mangga asam boi yang sedap ;).

Nak buat resipi Jerum Asam Mangga yang lebih sedap, try pulak resipi ni.

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.