Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Family Trip Ke Da Nang Vietnam Teaser Day 1

Pakej untuk family trip ke Da Nang Vietnam ini sudah lama kami tempah. Sebab dengan tempahan awal di AirAsiaGo.com anda akan dapat peluang bercuti ke banyak destinasi dengan harga yang murah. Untuk pakej Flight dan Penginapan di Da Nang ini, kos untuk 2 Dewasa, 2 Kanak-kanak dan seorang bayi, percutian 4 hari 3 malam, kami cuma perlukan RM1,250 sahaja.

Murah pakej ke Da Nang yang MrJocko dapat, tetapi kena pandai cari dan sudah tentu kena beli awal beberapa bulan. Beli dengan AirAsiaGo.com mudah sebab boleh pilih tarikh penerbangan, hotel pilihan anda serta harga yang anda mahu samada mahal atau murah.

Family Trip ke Da Nang Vietnam

trip-ke-da-nang-teaser-day-1-01

trip-ke-da-nang-teaser-day-1-02

Sebelum ini, Vietnam terkenal dengan Ho Chi Minh dan Hanoi. Da Nang antara lokasi percutian yang jarang di terjah dan agak terpinggir. Sebab ini, MrJocko dan keluarga sambut cabaran ini untuk ambil peluang buat Family Trip ke Da Nang.

 

Flight kami bertolak sekitar jam 10.30 pagi dari KLIA2 dan menuju Da Nang International Airport. Penerbangan selama lebih kurang 2 jam 30 minit dan sampai di airport tepat jam 12.00 waktu Vietnam.

 

Tanggapan pertama MrJocko, Da Nang memang lokasi percutian yang agak menarik. Views, sight seeing, pantai, laut dan malam ini kami nak cuba makan seafood. Untuk yang minat sejarah, Da Nang adalah lokasi pertama mendaratnya tentera Amerika ketika Perang Dunia Kedua. Lokasi tersebut dekat sahaja dengan pantai dan bandar Da Nang.

 

trip-ke-da-nang-teaser-day-1-03

trip-ke-da-nang-teaser-day-1-04

trip-ke-da-nang-teaser-day-1-05

Family Trip Ke Da Nang

 

Banyak resort dan hotel berdekatan pantai di sini dan InsyaAllah akan MrJocko kongsikan dalam entry akan datang. Sementara itu, follow jer Facebook MrJocko atau Instagram @MrJocko untuk ketahui cerita Family Trip ke Da Nang Vietnam dan dalam usaha untuk menjadi Travel Blogger Terbaik Malaysia 😉

 

Tempat Pakej Percutian Murah di AirAsiaGo.com.my

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.