Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Fraser Hill Family Day Trip Pergi Pagi Balik Malam Part 2

Sambung sikit lagi tentang perjalanan kami, Fraser Hill Family Day Trip Pergi Pagi Balik Malam Part 2. Dari pagi kami bergerak ke sini, kami berjaya sampai sekitar jam 3.00 petang. Dalam perjalanan, kami berhenti di banyak tempat untuk makan tengahari, ambil gambar dan pemanduan santai sahaja. Sebab itu kami sampai sini sudah agak lambat.

Memandangkan, sudah masuk petang, banyak aktiviti sudah mula nak tutup. Aktiviti memanah, aktiviti berkuda, juga jngle trails kebanyakkannya sudah tutup untuk menerima tempahan. Nasib kami krang baik kali ini. Lesson learned, lain kali kala nak buat aktiviti di Bukit Fraser, sebaiknya last kena sampai kawasan ini sekitar waktu tengahari supaya ia tidak penuh dengan tempahan lain.

Baca : Family Day Trip Bukit Fraser Part 1

Bukit Fraser Family Day Trip

 


Fraser Hill Family Day Trip Pergi Pagi Balik Malam Part 2

Bukit Fraser Family Day Trip
 

Bagi yang nak bergambar, Fraser Hill ada banyak lokasi yang boleh anda pilih. Kaki Instagram atau TikTok mesti suka kalau dapat datang ke sini. Pemandangannya cantik, dingin dan pastinya memukau.

Anda yang memilih untuk menginap di Bukit Fraser, ada banyak hotel dari 3 Bintang hingga ke pilihan Guest House dan Homestay. Paling popular di sini ialah The Pines Hotel, Shahzan Inn dan banyak lagi.

Kaki hiking, banyak laluan trails pilihan boleh anda cuba termasuk Rompin Trail, Bishop Trail, Mager Trail, Pine Tree Trail, Maxwell Trail, dan beberapa laluan lain. Pendek kata, ia pasti akan memberikan pengalaman kepada semua.
 

Bukit Fraser Family Day Trip

Bukit Fraser Family Day Trip

Bukit Fraser Family Day Trip
 

Kami sekeluarga kali ini tak sempat explore banyak di Fraser Hill. Agak lewat sampai, membuatkan aktiviti kami terbatas. Kami hanya mampu singgah minum petang, bergambar dilokasi menarik di Fraser Hill dan juga sebelum balik, singgah makan malam di Food Court Fraser Hill.

Lokasi makan di Food Court Fraser Hill ni memang berbaloi untuk korang singgah. Ada pelbagai jenis pilihan makanan dan harga yang ditawarkan di sini murah. Puas hati dengan menu di sini, pelbagai masakan tempatan dan pastinya ia agak selesa untuk semua.

Tambahan pula, tempat makan ini dekat sangat dengan Masjid Lama Fraser Hill, senang nak singgah solat lepas makan, atau sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Keseluruhan, destinasi Fraser Hill ni memang lokasi boleh lawat jika anda mahukan pengalaman baru. Walaupun ia agak jauh dari Kuala Lumpur, tetapi ia antara pengalaman terbaik kami sekeluarga membuat aktiviti Day Trip. Berbaloi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.