Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah. Kali ini ke Kota Kinabalu, MrJocko dibawa menginap di Grandis Hotels and Resorts bersebelahan dengan Suria Sabah. Hotel Grandis Suria ialah hotel baru dan ia terletak di hujung kawasan Waterfront dan sangat strategik sebagai tempat penginapan pelancong kerana di sini antara tumpuan utama di Kota Kinabalu.

Bangunan hotel yang baru serta kedudukannya yang hanya sebelah Suria Sabah menjadikannya lokasi hotel pilihan ramai pengunjung.
 

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah
Bilik Hotel Grandis Suria

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah
 

Hotel Grandis Suria Sabah ini mempunyai range bilik dari Superior, Deluxe, Family, Deluxe Studio, Executive Suite dan juga Premier Suite. Untuk harga yang ditawarkan ia bermula dengan RM600 untuk Superior Room sehingga lah RM2,500 untuk bilik Premier Suite.

Namun begitu, untuk sebarang promosi dan tawaran semasa, anda boleh layari www.hotelgrandis.com. Ada 288 bilik di Hotel Grandis Suria Sabah dan anda boleh pilih mana satu yang anda mahukan.

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah
Swimming Pool Hotel Grandis Suria

Hotel Review Grandis Suria Kota Kinabalu Sabah
 

Untuk bilik MrJocko, kami diberikan Deluxe Room dengan mempunyai tingkap dan view mengadap laut dan pemandangan Tunku Abdul Rahman Park. Memang ia menarik tambah lagi bila matahari terbenam dan juga waktu matahari terbit.

Hotel Grandis Suria Sabah ini mungkin patut ada dalam senarai hotel pilihan anda sebab ia memang terletak dilokasi yang menarik dan berdekatan dengan tarikan ‘Gaya Street’.

Kalau nak shopping pun mudah, nak makan pun mudah, nak menaiki bot ke pulau pun mudah kerana bersebelahan sahaja dengan Jesselton Point Jetty.

Selamat Melancong ke Sabah bah,,,

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.