Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jualan Tayar Kereta Murah Musim Raya

Baru semalam MrJocko terperasan iklan jualan tayar kereta yang murah sekitar rumah MrJocko ni. Area Segambut. Kalau tengokkan harga yang ditawarkan memang murah.MrJocko baru tukar tayar bulan lepas, tukar tayar size 215/45R/17 dan cuma dapat harga RM200 sahaja untuk sebiji tayar. Kalau kat sini, harga tawaran cuma RM191, dah jimat RM9 bagi sebiji tayar.

Walaupun cuma RM9 sebiji tayar, tapi kalau dah 4 biji, jimat juga la dalam RM36. Bajet tu lepas la untuk makan sekeluarga.

jualan-tayar-kereta-murah

Cuba lihat tayar size 195/60R/15, harga cuma RM158 sahaja. Ini jenia tayar yang selalu orang pakai pada kereta standard. Pasal kalau pakai tayar size ini, memang comfort.Cuma MrJocko tak tahu tayar yang dijual jenama apa, model apa dan keluaran negara mana. Setakat ni, MrJocko dah pakai jenama keluaran dari Indonesia dan dari China. So far, satu tu dah pakai selama setahun, berbaloi dengan harga. Yang satu lagi baru pakai sebulan, memang superb.

Jangan nak banding dengan kualiti tayar jenis Michelin, Falken, Yokohama, Toyo Tires atau jenama yang terkenal kerana semestinya jenama tu sangat mahal berbanding tayar keluaran Malaysia, Indonesia dan China.

Apa pun pilih la tayar kereta korang secara berhemah. Kalau rasa dah 2 tahun pakai tayar tu, rasa elok pergi tukar yang baru. Jangan sampai tayar tu botak, sampai nampak benang tayar, sangat bahaya.

Ada dua tempat lagi yang selalu ada pilihan banyak rims dan tayar kereta pelbagai size. Boleh ke Jalan Kapar di Klang atau pusat Bandar Baru Rawang. Sana ada pelbagai pilihan dari kereta kancil hinggalah 4×4 rims dan tayar.

Glamorous MrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.