Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kelantan FA Ranking Ke7, Malaysia Ranking 156

Aku setuju bila orang kata era bolasepak di Malaysia sekarang, 2-3 tahun kebelakangan ini sudah menampakkan perubahan ke arah positif. Makin ramai yang sudah kembali menyokong sukan bolasepak Malaysia.
Kalau dulu sepi sekarang kita gempak gempita dengan sorakan Harimau Malaya, Harimau Muda, Red Giant dan yang paling meriah, The Red Warriors, Kelantan FA.
Yang pelik, walaupun keadaan bolasepak kita yang semakin maju, ramai lagi penyokong setia dab bukan setia bolasepak Malaysia tidak suka FAM. Ramai yang mengkritik FAM malah ada yang sanggup memaki hamun peneraju dan orang dalaman FAM. Kenapa???

Betul ke FAM sekarang tiada fungsi, tidak buat kerja dan ramai pegawai FAM tidak layak berada di posisi masing-masing menerajui FAM kerana dengan berita terbaru, Malaysia jatuh lagi ke ranking terburuk iaiti ranking ke-156 di dunia di belakang Nepal dan Bangladesh. Bukan kah kita pernah menang Piala AF Suzuki tahun lepas? Terkuat di Asia Tenggara tu?
Kemeriahan bolasepak tanahair, Malaysia boleh ke aku simpulkan sebenarnya adalah kemeriah beberapa pasukan sahaja yang mendapat pasukan yang bagus dan supportive. Bak kata Zainal Abidin Hasan, bila penonton ramai, nak main pun BEST. Lagi pun, bila penonton ramai, Pasukan terlibat akan dapat komisen dari kutipan tiket. FAM pun dapat. 
Pasal penyokong terbaik ni, korang rasa siapa patut dapat pujian dan sanjungan. Aku akan bagi pujian itu kepada pasukan The Red Warriors, bukan pasal aku orang Kelantan, tetapi pasal aku tengok, setiap kali Kelantan ada GAME, stadium selalunya akan separuh penuh. Lebih ramai dari penyokong Selangor, Kedah atau Terengganu. 
Skang tidak kira la team pasukan mana yang terbaik, aku rasa, FAM kena akur la. Kalau dah ramai yang tak setuju, beri la peluang kepada orang lain. Mana tahu, ia jalan terbaik. Atau, buktikan bahawa korang di FAM boleh majukan bolasepak negara. Naikkan ranking kepada ranking ke-100, ke-90, kalau boleh.
Aku tidak setuju kalau dikatakan, RANKING TIDAK PENTING, sama sekali tidak setuju…

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.