Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kem Badminton Astro Bermula di Pulau Pinang 17 Mei 2014

Berita baik buat golongan belia dan generasi muda yang bercita-cita untuk menjadi jagoan badminton negara kerana Astro sekali lagi akan menganjurkan Kem Badminton Astro yang akan mula dibuka untuk pendaftaran khas buat kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang mempunyai bakat dan minat mendalam terhadap sukan badminton. Gelanggang sesi latihan percubaan akan mula dibuka pada hari Sabtu ini, 17 Mei 2014 bertempat di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

Kem Badminton Astro adalah sebahagian daripada kerjasama antara Astro, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Sekolah Badminton Li Yongbo.

Program ini bertujuan untuk memberikan peluang buat bakat-bakat muda menjalani struktur latihan dan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan potensi mereka dalam sukan ini dari pemain amatur kepada pemain bertaraf dunia di samping memupuk minat mendalam serta penyertaan yang lebih ramai daripada generasi muda.

kem badminton astro

 


Kem Badminton Astro Bermula di Pulau Pinang 17 Mei 2014

kem badminton astro 2014

 

David Yap, Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro berkata “Kami sangat berbesar hati dengan maklum balas positif yang kami terima melalui penganjuran program ini. Program ini ternyata telah berjaya menggilap potensi para pemain, meningkatkan kemahiran badminton dan memantapkan kekuatan fizikal serta mental mereka.

Penganjuran program pembangunan belia Kem Badminton Astro untuk tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa tatkala bakat-bakat muda yang terpilih akan diberikan peluang untuk merasai pengalaman berharga menjalani latihan dan berentap di Sekolah Badminton Li Yongbo yang berprestij”.
 

kem badminton astro 2014

kem badminton astro 2014
 

Untuk tahun ini, program pembangunan belia Kem Badminton Astro dikendalikan oleh barisan jurulatih professional yang diketuai oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia, Wong Choong Hann dan beliau akan dibantu oleh tiga orang lagi bekas pemain badminton negara iaitu Lee Wan Wah, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.

Seramai 60 peserta yang berpotensi akan dipilih daripada sesi latihan percubaan untuk menjalani latihan intensif selama seminggu bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecergasan dan strategi mereka. Seusai sahaja latihan intensif di Kuala Lumpur, seterusnya seramai 30 peserta terbaik akan diberikan peluang untuk menjalani Latihan Intensif Lanjutan selama dua minggu di pusat latihan badminton terkemuka dunia iaitu Sekolah Badminton Li Yongbo di Dongguan, China pada hujung tahun ini.

Akademi tersebut yang dinamakan bersempena dengan ketua jurulatih pasukan badminton negara China itu diketuai oleh Tang Xianhu yang bertindak selaku pengetua dan merupakan seorang jurulatih badminton terkemuka yang telah melatih ramai pemain badminton masyhur negara China antaranya Lin Dan. Akademi ini juga menjadi pusat latihan pasukan kebangsaan serta menyediakan salah satu struktur program latihan terbaik di dunia.

Tang Xianhu, Pengetua Sekolah Badminton Li Yongbo berkata, “Saya berasa sangat gembira atas kesedaran sebuah syarikat perbadanan seperti Astro akan kepentingan untuk memupuk serta melahirkan pelapis jaguh badminton dunia sedari awal lagi. Saya teruja untuk melihat kerjasama di antara Kem Badminton Astro dan Sekolah Badminton Li Yongbo dalam melatih bakat-bakat muda dari Malaysia. Untuk berdekad lamanya, negara China dan Malaysia telah melahirkan ramai pemain badminton terbaik dunia. Saya percaya melalui interaksi dan latihan yang dijalani oleh bakat-bakat muda dari dua negara ini akan meningkatkan lagi kualiti barisan jaguh badminton masa depan ke tahap yang lebih tinggi”. 

 

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila mendaftar secara atas talian di www.astrokasih.org/kembadminton. Harap maklum bahawa pendaftaran langsung pada hari sesi latihan (walk in registration) tidak akan dilayan.Sesi pemilihan para peserta Kem Badminton Astro untuk tahun ini akan dilakukan di enam buah negeri terpilih. Sertai program pembangunan belia Kem Badminton Astro dan rebut peluang ini untuk menjadi pelapis pemain badminton professional negara. Butiran sesi-sesi latihan percubaan adalah seperti berikut :-
  

 

Tarikh & Lokasi Kem Badminton Astro

Sabtu, 17 Mei 2014
Dewan Badminton Berapit,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang 

Jumaat, 23 Mei 2014
Dewan Persatuan Badminton Larkin,
Johor Bahru, Johor 

Jumaat, 13 Jun 2014
Stadium Negeri Kuala Terengganu,
Terengganu 

Sabtu, 9 Ogos 2014
Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas,
Kota Kinabalu, Sabah 

Sabtu, 16 Ogos 2014
Thumb’s Up Badminton Academy,
Sibu, Sarawak 

Sabtu, 23 Ogos 2014
Pioneer Badminton Centre,
Kuala Lumpur 

 
 
Untuk maklumat lanjut berkaitan Kem Badminton Astro, sila layari www.facebook.com/astrokasihmalaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.