Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Macam Macam Best Ada Di UENO Street Tokyo Jepun

Rasanya MrJocko dah kongsi sedikit cerita pasal UENO Street Tokyo yang terletak bersebelahan dengan UENO Station. Kat sini lokasi shopping yang best sebab ada Hard Rock, ada butik Uniqlo, butik produk Jepun lain yang terkenal dan mempunyai lorong gerai-gerai jualan sepanjang di Euno Street.

 

 

Ueno Street
Ueno Station

 

UENO Street Tokyo

 

Ueno Street

 

Ueno Street

 

Doner Kebab

 


Macam Macam Best Ada Di UENO Street Tokyo Jepun

Di sini la MrJocko singgah makan Kebab Doner yang halal di Ueno Street. Di lorong ini, ada beberapa lagi kedai yang menjual menu Kebab menggunakan jenama Kebab Doner. 

 

 

 

Ueno Street

 

Ueno Street

 

Ueno Street

 

Ueno Street

 

 

 

 

Cuba tengok susunan basikal yang ada di Ueno Street. Nampak kemas kan? Kat Tokyo memang ramai yang suka layan naik basikal. Tak kira tua atau muda mereka tak kisah kalau naik basikal. Ia memang menjadi trend mereka kat sana. Ruang letak basikal memang banyak di Tokyo, mengalahkan ruang parkir motorsikal.

 

Ada macam-macam yang best di Ueno Street. Selain tempat shopping barang, pakaian dan cenderahati, kat sini juga ada pelbagai tarikan lain. Nak tahu selebihnya, kena la datang sendiri ke Ueno Street, Tokyo. Lokasi hanya beberapa meter dari stesen Subway UENO Station.

Shopping di UENO Street Tokyo 

Yang nampak best ialah bahagian jualan makanan basah seperti ikan dan seafood. Nampak segar tak seperti yang biasa MrJocko lihat di Malaysia. Kalau la boleh masak di Tokyo, dah lama MrJocko beli Udang, Ketam dan Sotong untuk di masak Tom Yam :).

 

Keseluruhan, memang best lokasi Ueno Street. Tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong kerana antara lokasi jualan barangan yang murah sekitar Tokyo. Kalau dah sampai Ueno Street, kena la shopping, beli untuk siri sendiri atau juga buat hadiah sekembalinya nanti ke Malaysia.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.