Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Musee d’Orsay Museum Dinobatkan Muzium Terbaik Dunia Tahun 2018 TripAdvisor

Peminat seni seluruh dunia, pasti akan bersetuju bila muzium terkenal di Paris ini, Musee d’Orsay Museum dinobatkan Muzium Terbaik Dunia Tahun 2018 TripAdvisor. Bangunan asalnya dibina diantara tahun 1898 hingga tahun 1900. Ia antara muzium seni terbesar di Eropah dengan menerima lebih daripada 3.17 juta pelawat pada tahun 2017.

Bangunan asal Musee d’Orsay Museum ini ialah bangunan stesen keretapi. Namun setelah puluhan tahun beroperasi, ia tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa. Hasil perancangan yang berterusan, akhirnya pada Julai 1986, bangunan ini dijadikan muzium dengan menerima barangan pameran seni dan mengambil masa sehingga 6 bulan untuk susun atur. Ia mula dibuka secara rasmi pada Disember 1986.

Musée d’Orsay Museum Dinobatkan Muzium Terbaik Dunia Tahun 2018
 

Musee dOrsay Paris
 

Terletak di bekas bangunan stesen keretapi di sepanjang ‘Left Bank’, Musée d’Orsay Museum dianggap sebagai tempat himpunan koleksi karya impresionis yang kaya dengan seni. Di sini, korang akan melihat hasil lukisan oleh seniman Perancis terkenal seperti Degas, Monet, Cezanne, dan Van Gogh dan ramai lagi.

Musee d’Orsay Museum ini juga menempatkan sejumlah seni arca patung, serta pameran fotografi dan juga perabot. Bahagian atas balkoni muzium, korang boleh melihat pemandangan Sacré-Coeur Basilica yang menakjubkan melalui jam besar muzium ini.

Ramai pelancong mengatakan Musee d’Orsay Museum jauh lebih mudah diurus daripada Louvre Museum, yang turut menjadi lokasi terkenal pelancong di Paris.

Untuk yang sukakan hasil karya seni, pasti Muzium Musée d’Orsay di Paris antara tempat wajib lawat kalau ke Perancis. Bukan sahaja senibina bangunan cantik, isi yang ada dalam pameran muzium ini.

Baca : MrJocko dan Muzium
 

Musee d Orsay museum

Musee d Orsay museum art

Musee d Orsay museum art
 

Harga tiket masuk untuk ke Musée d’Orsay Museum ialah EUR12 (sekitar MYR57) setiap orang. Pintu masuk mula dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang. kecuali Isnin. Pada hari Khamis, muzium akan dibuka pada jam 9:45 pagi hingga jam 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut mengenai muzium, lawati laman web Musée d’Orsay.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.