Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik Di Pak Bara

Andai anda melawat Pak Bara, luangkan masa sedikit untuk singgah di tempat membuat batik kira-kira 10km dari pekan Pak Bara. Kalau nak tahu, berdekatan kawasan ini, ada lokasi yang diberi nama Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik Di Pak Bara. Perusahaan kecil ini unik kerana bukan sahaja dengan identiti Batik, tetapi dengan corak dan keaslian lukisan batiknya berteraskan semulajadi.

Panya Batik Group adalah perusahaan komuniti kecil yang menyatukan hasil batik dengan identiti setempat Geopark. Dengan ini, terbentuklah rekaan batik menarik, corak tekstil yang unik dengan corak menceritakan kepelbagaian lukisan geologi Satun.

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik Di Pak Bara

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik
Kedai Panya Batik

Batik di sini ada sedikit persamaan dengan batik Malaysia, tetapi dalam banyak yang dihasilkan, corak bunga pada kain sangat berbeza. Lebih-lebih lagi, warna yang digunakan untuk tekstil mereka berasal dari bahan-bahan semula jadi, termasuk mineral, daun, kulit kayu dan buah-buahan yang terdapat di dalam kawasan tersebut.

Sebagai contoh, warna merah berasal daripada besi di tanah kapur, kuning adalah dari lumpur dan coklat dari kulit pokok bakau, menggunakan sumber asli di kawasan itu. Semua unsur yang berkaitan dengan produk Panya Batik boleh disambung dengan tegas kepada kisah Satun Geopark.

Baca : Tempat Menarik di Thailand

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik

Corak unik berasal dari makhluk laut kuno zaman Ordovician (444 juta tahun) termasuk Nautiloids dan Trilobites.

Sewaktu lawatan kami ke Panya Batik Group Pak Bara, kami berpeluang belajar cara membuat Corak Batik yang mudah menggunakan Kain Putih dan Warna Asas Semulajadi terhasil dari bahan semulajadi.

Kami cuma perlu mengikat kain putih mengikut corak yang kami mahukan dengan beberapa getah. Kemudian, ia akan dicelup ke dalam warna yang kami mahukan, juga mengikut kemahuan dan kreativiti. Hasilnya, tidak sampai 5 minit ia siap. Cantik!!!

Aktiviti membuat batik di Panya Batik Group ini terbuka kepada semua dengan pakej harga yang berpatutan. Ia sesuai untuk mereka yang datang seorang atau dalam kumpulan yang besar.

Untuk hasil lukisan batik yang lebih besar seperti kain pasang, baju atau aksesori lain, ia turut dijual di kedai Panya Batik Pak Bara.

Untuk info lebih lanjut tentang Panya Batik Group Satun ni boleh la lihat di laman Facebook Mereka.

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik

Panya Batik Group Kedai Pembuatan Batik

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.