Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem – A Good Day To Die Hard aka Die Hard 5

Semestinya filem Die Hard 5 menjadi antara filem yang MrJocko tunggu kerana kehebatan jalan cerita sejak dari Die Hard 1 sehingga ke Die Hard 4.0. Sememangnya cerita aksi pilihan.
Terima kasih juga kepada pihak Nuffnang, TGV One Utama dan juga penaja yang menjemput MrJocko untuk ke Premiere Screening A Good Day To Die Hard pada 9.00 malam, Rabu 6 Februari 2013. Paling best bila pengalaman pertama menyaksikan filem hebat ini di IMAX TGV One Utama. Besttt…
Filem Die Hard 5 ini mengisahkan John McClane, Detektif Polis di New York terbang ke Moscow, Russia kerana menjejak anaknya yang telah lama terputus hubungan iaitu Jack (John McClane Jr.). Menurut maklumat yang diketahui McClane, anak lelakinya itu terlibat dengan aktiviti jenayah yang amat dasyat.
Setibanya McClane di Moscow, beliau kebetulan terserempak dengan anak lelakinya itu ketika berlaku letupan bom pengganas di sebuah Mahkamah berdekatan. Tanpa di sedari McClane ketika beliau mengejar anak lelakinya itu, beliau terlibat sama dalam satu komplot untuk menyelamatkan seorang penjenayah Russia terkenal Yuri Komorov.
Di sinilah kekuatan cerita Die Hard kerana bermula dari awal cerita sehingga penghujung, penuh dengan aksi yang mendebarkan. Tambah pula berada dalam panggung IMAX TGV, One Utama, sememangnya ia memberi sesuatu yang terbaik.

Berjayakah McClane dan anaknya Jack menyelamatkan Komorov, penjenayah terkenal Russia yang terlibat dalam penjualan Uranium, salah satu bahan untuk membuat bom secara haram? Bagaimana pula konflik dan krisis keluarga McClane dengan anak lelakinya itu. Siapa sebenarnya Komorov dan anak perempuannya Irina? Semestinya anda kena tonton sendiri filem aksi hebat ini.
Bintang : 5 out of 5, memang BESTTT,,,

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.