Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Gadget Terbaru : Alcatel OneTouch Idol X+

Masa untuk Review Gadget Terbaru Alcatel OneTouch Idol X+. Bulan Lepas MrJocko sempat menghadiri majlis Perlancaran Alcatel OneTouch Idol X+ dan Alcatel OneTouch Alpha di Concourse Lobby Plaza Lowyat. Memang teruja dengan spesifikasi terbaru smartphone dari Alcatel ini. Ternyata, gadget terbaru dari Alcatel OneTouch ini memang jauh berbeza dan lebih bagus dari produk Alcatel OneTouch sebelum ini.

Alhamdulillah, hari ni, MrJocko menerima satu unit telefon pintar OneTouch Idol X+ yang mempunyai spesifikasi smartphone terbaik di dalam kumpulannya. Untuk spesifikasi Alcatel OneTouch Idol X+, kita lihat beberapa ciri yang menarik tentang telefon pintar yang diberi nama OneTouch Idol X+ ini.

 

Review Alcatel OneTouch Idol X+

Smartphone OneTouch Idol X+

Antara yang menarik minat MrJocko ialah spesifikasi Alcatel OneTouch Idol X+ ini. Walaupun ia dalam harga yang sederhana, ia mempunyai spesifikasi yang agak bagus.

Antaranya ialah :- 2GHz MT6592 Octa Core Processor – 2GB LPDDR3 RAM – 5 Inch Full HD IPS Display – Dual SIM With Dual Standby – 13 MP Rear Camera With LED Flash – 2 MP Front Facing Camera – 3G – WiFi – Bluetooth – 2500 MAh Battery.

InsyaAllah dalam beberapa minggu ini MrJocko akan mencuba review dan lihat keupayaan sebenar Smartphone Alcatel OneTouch Idol X+ dan akan cuba meneroka beberapa ciri-ciri terbaik yang ada pada smartphone Alcatel ini.

Nanti boleh la anda lihat komen dan pandangan MrJocko tentang keupayaan Alcatel OneTouch Idol X+ ini berbanding model-model lain di pasaran.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.