Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Revisit Pantai Senok Nami Island Di Kelantan Dah Macam Korea

Kelantan memang ada banyak destinasi Pelancongan Domestik yang boleh anda lawati tak kira musim. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, atau nama lain Tanah Serendah Sekebun paling popular dengan destinasi makan-makan dan percutian murah di Malaysia. Untuk melengkapkan percutian anda ke Kelantan, ambil peluang ke sini, pantai viral di daerah Bachok. Kami berkongsi kisah kami, Revisit Pantai Senok Nami Island Di Kelantan, destinasi wajib lawat.

Dari kampung kami, lokasi popular ini terletak sekitar 1 jam perjalanan dengan menggunakan kereta. Nak ikut jalan Ketereh – Kota Bharu pun boleh atau terus ke laluan Gunung – Bachok – Pantai Senok. Walaupun tidak ada kesesakan jalanraya, tapi memandangkan banyak laluan pemanduan menggunakan jalanraya persekutuan dan jalan kampung, kami tak boleh memandu laju seperti di lebuhraya. Pun begitu, jalan menuju ke sana memang senang akses.

Nota : Gambar-gambar Di Ambil Dengan Kamera Galaxy S22 Plus

Baca : Pertama Kali Lawat Pantai Senok Bachok Nami Island Malaysia

Pantai Senok Nami Island

Revisit Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Kisahnya, ramai pelawat yang singgah sini menyamakan pokok poko rhu yang ada ditanam sekitar pantai sama dengan pokok rhu yang ada di Nami Island Korea. Ya, memang agak sama, sebab ia di susun lurus dan memanjang seperti di Nami Island Korea. Yang bagus di Nami Island Korea, ia punya 4 musim. Kita hanya ada 1 musim sahaja. Tetapi, lebih cantik di sini sebab ada banyak barisan pokok rhu ditanam, tidak seperti di Nami Island yang hanya ada 1 barisan sahaja.

Pantai Senok menjadi viral sejak beberapa tahun yang lepas. Kami sekeluarga pertama kali singgah pada tahn 2016, masa ni ia masih baru dan tidak ada banyak kemudahan asas sekitar pantai pelancongan ini. Bawa Mak, dan juga anak-anak untuk kenal tempat menarik di Kelantan. Masa mula-mula di buka, tempat ini tidak tersusun, sampah agak banyak dan tidak terurus. Masa tu, tiada lagi kemudahan Tandas Awam.

Kini, kawasan ini nampaknya dijaga dengan elok dan ada pembaharuan. Ada ruang parkir kereta yang lebih teratur, ada tandas awam dan tidak jauh dari kawasan ini ada Masjid untuk keselesaan semua.

Untuk pengalaman percutian dalam negeri yang murah, jimat dan berbaloi, tempat ini memang sangat-sangat disyorkan. Lagipun sekitar pantai ini, ada beberapa lagi destinasi pelancongan Menarik, termasuk Pulau Melaka dan juga Pantai Irama Bachok.
 

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan
 

Secara peribadi, destinasi menarik di Bachok ini boleh lagi dipertingkatkan. Masih ada banyak yang boleh ditambahbaik, termasuk beberapa lagi kemudahan ruangan parkir, gazebo atau wakaf untuk pengunjung, kiosk kedai yang lebih tersusun dan juga pengurusan sampah yang lebih sistematik.

Ini semua untuk menaiktaraf lagi tahap kunjungan pelancong ke sini supaya jenama pelancongan domestik di Kelantan akan terus berkembang dan terkenal di seluruh dunia.

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan

Pantai Senok Nami Island Di Kelantan
 

Bagi anda yang belum pernah sampai ke sini, ambillah masa untuk merasai sendiri keunikkan yang ada di negeri Kelantan. Destinasi simple seperti ini juga sebenarnya berbaloi untuk pengalaman travel anda.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.