Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Servis Kereta Di DTox Drive Thru Oil-change Expert PJ New Town

Mulanya memang sebab nak cepat. Dari Bangsar, MrJocko nak ke Shah Alam untuk hadiri event blogger pada minggu lepas. Tapi, sebab kereta perlu di servis, MrJocko terpaksa singgah di workshop. Gigih mencari pusat servis yang dibuka pada hari Sabtu di sekitar Petaling Jaya, akhirnya bila di Google terjumpa DTox Drive Thru Oil-change Expert terletak berdekatan dengan area Hotel Hilton PJ.

Memandangkan ia berada dalam perjalana, sebab dekat, MrJocko singgah sini saja lah. Lagipun ia dah di tengah laluan nak ke Shah Alam, dekat dengan Federal Highway. Ini kali pertama servis kereta di DTox Drive Thru Oil-change Expert. Lain dari workshop yang biasa saya singgah.

Baca : Cerita Tentang Kereta di Blog MrJocko Malaysia

Example

 


Servis Kereta Di DTox Drive Thru Oil-change Expert PJ New Town

DTox Drive Thru Service PJ

DTOX Servis Kereta PJ DTOX Servis Kereta PJ DTOX Servis Kereta PJ DTOX Servis Kereta PJ

Harga servis di DTox Drive Thru

Sampai sahaja di DTOX Drive Thru Oil-change Expert ni, nampaknya tak perlu nak beratur. Masuk sahaja kereta, MrJocko terus di sapa oleh staff DTox ini. Ingatkan nak kena tunggu lama, rupanya tidak. MrJocko terus di mintak untuk memilih pakej tukar minyak hitam yang mana satu, samada minyak mineral biasa serendah RM88 pakej sehingga kepada pakej minyak fully sintetik berharga RM268 pakej. Wow!!! Korang perasan tak harga pakej di workshop DTOX Drive Thru PJ ni murah berbanding lokasi workshop lain???

Sorang Pomen ditugaskan untuk check dan servis kereta MrJocko. Walaupun sorang, tapi percaya tak diorang boleh siapkan kereta MrJocko dalam masa hanya kurang dari 10 minit??? Cepatkan?

Sesi sedut minyak hitam. Segala kotoran disedut sekali.

servis dtox pj 03 servis dtox pj 04

Mesin ni sedut habis kotoran dan minyak hitam dalam enjin kereta supaya ia bersih dan tidak meninggalkan habuk habuk dari geseran enjin.

servis kereta dtox pj 05 servis dtox pj 06

 

Servis Kereta Di DTox Drive Thru Oil-change Expert

Kalau dulu, cara MrJocko servis kereta secara normal. Untuk servis maintainance biasa, MrJocko pergi workshop, tukar minyak hitam dan oil filter dengan cara buang aliran minyak seperti biasa. Itu yang biasa kita buat kan? Tetapi tahukah kita, cara begini selalunya tidak akan mengeluarkan kotoran lain (jika ada).

Sebagai contoh, habuk habuk halus dari geseran enjin yang kemudian akan terkumpul dalam enjin. Jika ia tidak dibersihkan dengan cara sedut (detox) sepenuhnya, ia mungkin boleh merosakkan enjin kereta.

Pengalaman Servis Kereta Pengalaman Servis Kereta Pengalaman Servis Kereta

Cara lama MrJocko servis kereta

Puas hati kali ini servis di DTox Drive Thru Oil Expert di PJ ini. Pertama kali rasa servis tukar minyak hitam dengan cepat dan berkualiti. Yakin sangat bila pomen yang servis kereta MrJocko tunjuk bahawa minyak hitam habis di sedut bersama habuk habuk yang terhasil di dalam enjin. Di gnti dengan minyak Semi Sintetik yang baru dan Oil Filter baru dengan hanya kos RM168 sahaja.

Bayangkan, ini semua termasuk minyak hitam berjenama, oil filter, (original), free check air radiator, windscreen, tekanan tayar, labour charges dan juga FREE Air Latte 🙂

Antara yang best kat sini, pomen atau staf tak de pun nak sebut atau paksa anda untuk buat benda lain, selain dari hanya memberi FREE Inspection atas kereta anda. Tak da la diorang paksa suruh servis benda lain yan tidak perlu atau diluar bajet anda. Hehehe,,, Tak da la nanti korang rasa kena paksa bila pergi workshop kan?

Antara servis yang ‘Thumbs Up” kat DTox Drive Thru PJ

servis dtox pj 07

DTox Drive Thru Service PJ DTox Drive Thru Service PJ DTox Drive Thru Service PJ servis dtox kereta terbaik 10 

MrJocko puas hati, dengan kos yang berbaloi, kualiti servis di DTox Drive Thru Oil Expert di PJ ini memang sangat terbaik!!!

Camana nak mudah faham? Ingat sahaja DTox, salah satu cara anda Detox Toksin yang merbahaya dalam badan. Camana Detox buang toksin merbahaya, macam tu juga cara servis kereta di DTox Drive Thru PJ ini. Servis tukar minyak hitam cara sedut sampai licin ini sangat MrJocko syorkan kepada korang semua.

Paling menarik, servis yang ditawarkan kepada anda cuma kurang dari 10 minit sahaja. Kalau nak servis masa lunch pun boleh, cuma bawa, servis dan nikmati Cafe Latte sementara diorang tukar minyak hitam kereta selama 10 minit.

Musim cuti sekolah dah tiba ni, so, pergi lah servis kereta korang di DTox Drive Thru PJ. Cuba dulu, sebab so far servis kat sini terbaik. Sambil jalan-jalan pusing KL Selangor pun tak da masalah, boleh ke sana.

Workshop DTox Drive Thru PJ ini dibuka setiap hari seawal jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari bekerja dan jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad. 

Dengar kata staff di DTox Drive Thru ni, mereka akan buka cawangan baru di Wangsa Walk Mall @ Wangsa Maju dalam sedikit masa lagi. So, bagi korang yang stay di sekitar Wangsa Maju, boleh servis kereta dengan cepat dan murah di DTox Drive Thru Oil-change Expert di sana.

Ingat nak tengok servis apa lagi yang ada di DTox Drive Thru PJ ini, so lepas ni nak tengok apa lagi yang ada di sini. Cara paling mudah boleh baca di laman web http://dtox.com.my atau DTox Drive Thru Oil Expert Fanpage https://www.facebook.com/dtoxmalaysia/?fref=ts

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.