Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sinh Cafe atau The Sinh Tourist Di Ho Chi Minh

Oleh kerana kami ke Ho Chi Minh tak beli pakej untuk ground arrangement dan kami pergi ke sana dengan hanya konsep Free and Easy, maka kami terpaksa mencari Travel Agent tempatan yang boleh bawa kami pusing sekitar Ho Chi Minh. Kata kawan, kat sini Sinh Cafe atau The Sinh Tourist Di Ho Chi Minh antara yang trusted.

Target kami, nak pergi ke Chu Chi Tunnel. Oleh kerana tempat tu jauh, maka kena book tour yang betul. Hotel tempat aku menginap offer USD23 per pax untuk halfday tour ke Chu Chi Tunnel. Mahal. Maka, aku nak try Sinh Cafe. Katanya company ni selalu offer pakej yang murah.

The Sinh Tourist Di Ho Chi Minh

Sinh Cafe atau The Sinh Tourist Di Ho Chi Minh

Kami jalan kaki sajer ke Sinh Cafe ni. Susah jugak nak cari, tapi pasal dah ikut Maps, kira boleh la slow-slow follow direction jalan yang ada kat map.

 

Sinh Cafe ni kira famous area sini. Kat Travel Blog dan Tripvisor pun ada banyak review pasal Sinh Cafe. Kalau nak cari, sila Google De Tham Stree, District 1.

 

Masa aku masuk kat Sinh Cafe ni, memang aku impress. Nampak professional, besar dan ofis yang teratur. tapi sayang, 5 minit aku duk pusing dalam tu tengok pakej yang ada, sorang salesperson pun tak tegur aku. Mereka lebih suka layan Mat Salleh. Chisssssssssss…

 

Pasal nak ambik tour jugak, aku tanya jugak kaunter. Alih-alih dia kasi aku pamplet sahaja. Aku juga di beritahu, untuk halfday tour ke Chu Chi Tunnel, mereka kenakan bayaran USD8 per pax. Ermmm, murah kan? Tapi pasal aku rasa cam servis tak best, aku sabar dulu. Nak try tanya Travel Agent lain sekitar tu.

 

Aku tak risau pasal kat situ ada berpuluh-puluh Travel Agent yang menawarkan pakej tour dalam Vietnam sehingga ke Cambodia.

 

So, aku tak ambik pakej Sinh Cafe. Bagi aku, servis dia, aku tak suka… cari Travel Agent lain please…

kawasan sekitar De Tham Street

MrJocko.com

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.