Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Uruskan Uri Bayi Baru Lahir Bagaimana Nak Urus Uri Bayi

MrJocko nak kongsi Tips Uruskan Uri Bayi Baru Lahir. Alhamdulillah, kami baru menerima rezeki zuriat baru, seorang lagi puteri. Semasa wife bersalin di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak, urusan uri bayi yang baru lahir disiapkan dan disempurnakan oleh Jururawat bertugas. Tinggal untuk ditanam sahaja. Terima kasih Pusrawi Kuala Lumpur dengan servis yang terbaik.

Uri bayi ini sudah siap dibasuh dan diletakkan didalam plastik untuk memudahkan urusan keluarga. Tugas MrJocko la lepas ini nak uruskan langkah seterusnya. Tengah berkira-kira nak tanam uri bayi ini kat mana.

Baca : Bersalin di Hospital Perdana Kota Bharu

 


Bagaimana Nak Urus Uri Bayi Baru Lahir

tips-uruskan-uri-bayi-baru-lahir
 

Petua cara urus uri bayi baru lahir ni pun saya dapat dari ajaran orang-orang tua di kampung dan rakan-rakan yang otai di tempat kerja. Alhamdulillah, ramai yang memberi informasi dan panduan mengajar cara untuk tanam uri bayi ini.

Kalau ada yang belum tahu, jom kita kongsi antara cara-cara uruskan Uri Bayi Baru Lahir. 1. Mulakan dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.

2. Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir.

3. Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri…

4. Perahkan 3-4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau untuk mengharumkan uri. Seterusnya taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Ini untuk mengelakkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang.

5. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain) kemas-kemas.

6. Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik).

7. Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis dan syaitan.

Untuk bayi yang ketiga ni, MrJocko cuma cari lokasi untuk menanam Uri tersebut dan semuanya selesai dengan tidak ada masalah. Alhamdulillah. Semoga apa yang MrJocko buat untuk uri tersebut akan dipermudahkan.

Sumber Bacaan : Aku Islam Adab Tanam Uri Bayi

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.