Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gempa Bumi Ranau 6.0 Dan Gempa Bumi Tokyo 4.0

Hari ni berita mengejutkan semua rakyat Malaysia apabila Ranau, Sabah dilanda gempa bumi dengan ukuran 6.0 pada skala richter dan merosakkan banyak bangunan sekitar. Gempa bumi di Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi tadi memang mengejutkan ramai pihak dan dikhabarkan gempa terburuk di Malaysia setakat hari ini.

Kalau nak dibandingkan gempa bumi di Ranau dengan ukuran 6.0 skala richter dan gempa bumi di Tokyo 4.0 skala richter yang MrJocko rasakan pada Sabtu, 31 Mei 2015 yang lepas, ternyata kesan gempa di Ranau Sabah lebih kuat dan lebih merbahaya.

Baca : Tempat Menarik di Kota Kinabalu

Gempa Bumi Ranau 6.0 Mengakibatkan Runtuhnya Puncak Donkey Ears Kinabalu

Bayangkan kita di Malaysia, kurang kesedaran tentang SOP (Standard of Procedure) tentang bencana gempa bumi seperti ini dan kita mungkin tiada pengalaman yang penuh dalam tragedi seperti ini.
 

gempa_bumi_ranau_sabah_6.0_skala_01 gempa_bumi_ranau_sabah_6.0_skala_02 gempa_bumi_ranau_sabah_6.0_skala_03 gempa_bumi_ranau_sabah_6.0_skala_04 gempa_bumi_ranau_sabah_6.0_skala_05

gempa_bumi_ranau_sabah_6.0_skala_06

 

Berbanding dengan cerita gempa bumi di Tokyo 4.0 richter minggu lepas, rasanya di sana, mereka sudah bersedia dalam pelbagai sudut termasuk binaan bangunan yang anti gegar, SOP keselamatan jika berlaku bencana gempa dan juga peralatan khusus untuk tragedi seperti ini.

Contoh seperti kejadian gempa bumi 6.0 di Ranau pagi tadi, katanya ramai yang panik dan juga banyak bangunan yang rosak. Ada juga yang memaklumkan bahawa ratusan pendaki Gunung Kinabalu terkandas di puncak akibat kesan gegaran gempa bumi di Ranau Sabah.
 

gempa_bumi_tokyo_4.0_skala_01 gempa_bumi_tokyo_4.0_skala_02

Semoga semua akan selamat dan kembali seperti sediakala dengan prosedur keselamatan yang cepat, cekap dan berkesan dari pihak berwajib. Gempa bumi di Ranau, sesuatu yang baru dan ia tidak mustahil akan berlaku lagi di kawasan lain di Malaysia.

Mungkin sudah masa kita di Malaysia, belajar dari masyarakat yang mempunyai pengalaman dalam kes Gempa Bumi, seperti di Jepun atau Indonesia dalam usaha untuk menyelamatkan apa sahaja jika berlaku kes seperti ini. Keselamatan nyawa dan harta benda mungkin dapat dikurangkan jika kita bersedia dalam kes bencana gempa bumi seperti ini.

#PrayForRanau #GempaBumi #Ranau

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.