Milky Way Play Space Paradigm Mall Indoor Playground Yang Best
|Sesekali, kalau nak beri anak-anak aktif bermain di luar rumah, terfikir juga tentang panas matahari dan bahaya bahangnya ketika panas terik. Sebab itu, ada pilihan untuk anak-anak kekal aktif dengan bermain di indoor playground. Kali ini, kami sekeluarga ke Milky Way Play Space Paradigm Mall Indoor Playground Yang Best di Petaling Jaya.
Milky Way Play Space Paradigm Mall ini antara tempat permainan kanak-kanak yang berada di dalam bangunan shopping mall. Terletak di Petaling Jaya dan lokasinya senang akses sama dari Damansara atau dari Shah Alam. Terletak sebelah saja dengan Lebuhraya Damansara Puchong.
Baca : Tempat Rekreasi Di Kuala Lumpur Taman Botani KL
Milky Way Play Space Paradigm Mall
Indoor Playground ni adalah taman permainan kanak-kanak yang bertemakan galaksi. Ia direka untuk kanak-kanak dari umur 3 hingga 15 tahun. Di sini, Senoptium menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dengan lebih seronok dan hiburan untuk setiap kanak-kanak muda dan bertenaga.
Konsep mainan di Milky Way Play Space lebih kepada membina kenyakinan diri dalam diri anak-anak untuk berani mencuba dan menghadapi cabaran lasak, tetapi selamat untuk semua.
Untuk bermain di sini, tak perlu risau tentang cahaya terik matahari. Ia tertutup dan InsyaAllah selamat. Sepanjang aktiviti, ada staff terlatih berada sepanjang masa memberi tunjuk ajar, memerhati, memantau aktiviti anak-anak di Milky Way Play Space.
Baca : MrJocko dan Aktiviti Bersama Keluarga
Tiket masuk ke Milky Way Play Space cuma RM30 untuk 2 jam permainan dan RM40 untuk One Day Access. Dengan harga ini, anda boleh bermain 5 permainan di Milky Way seperti 12 Obstacles Course, Wall Climbing, The Amazing Slide, Trampoline dan juga Bird Nest.
Unutk pakej RM58, selama 2 jam anda akan dapat permainan tadi bersama pengalaman bermain 9D VR Coaster dan juga 5D Space Traveller. Untuk info, harga biasa untuk mainan ini masing masing RM20 untuk Dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.
Jadi, kalau ambil pakej RM58 unlimited 2 hours, ia jauh lebih murah dan berbaloi.
Untuk maklumat lanjut tentang apa yang menarik, pakej promosi, event atau acara lain di Milky Way Play Space, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini Milky Way Paradigm Mall Petaling Jaya.