Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gadget Review Philips Fidelio HTL9100 Soundbar Tanpa Wayar

Philips Fidelio SoundBar HTL9100, ialah soundbar Pertama di Dunia dengan Pembesar Suara Tanpa Wayar dan Boleh Tanggal, kini di Malaysia. Philips Fidelio Soundbar HTL9100 merupakan pemenang pelbagai anugerah dalam kelasnya menewaskan banyak jenama lain.

Philips Fidelio soundbar boleh bertukar daripada pembesar suara sekeliling virtual kepada sistem pembesar suara saluran 5.1 on demand. HTL9100 mempunyai subwufer tanpa wayar dengan reka bentuk bergaya dan mewah yang menjadi kegemaran peminat audio. Produk ini merupakan satu sistem audio tanpa wayar yang pintar dan mudah yang menawarkan kemudahan penjimatan ruang di dalam rumah, tanpa kecelaruan wayar.

Baca : Philips Airfryer Untuk Masak Makanan Sihat

 


Gadget Review Philips Fidelio HTL9100 Soundbar Tanpa Wayar

Philips Fidelio SoundBar HTL9100

Philips Fidelio SoundBar HTL9100

 

Philips Fidelio SoundBar HTL9100

 

Philips Fidelio SoundBar HTL9100

 

Menurut Business Leader WOOX Innovations Malaysia, Encik Andrew Tan, Philips Fidelio SoundBar HTL9100 adalah yang pertama di antara seumpamanya yang menawarkan pembesar suara tanpa wayar yang secara automatik mengubah soundbar daripada pembesar suara sekeliling virtual kepada sistem Bunyi Keliling saluran 5.1, apabila pembesar suara dipisahkan dari konsol utama. 

Model soundbar dari Philips ini sememangnya sangat sesuai bagi kediaman moden seperti kondominium dan juga apartment kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar. Konsep pejabat SOHO juga amat sesuai termasuk juga ruang pameran moden untuk showroom yang berkonsep moden dan elegen.

Hanya di kedai Harvey Norman, setiap unit HTL9100 yang dibeli akan melayakkan pembelinya membeli Philips HMP8100, sebuah pemain media, pada harga cuma RM99 (harga asal RM699), serta menerima baucar diskaun RM200. Baucar diskaun RM200 itu boleh digunakan untuk membeli HTL9100 Soundbar.

Selain itu, sebarang pembelian produk audio Philips berharga RM500 dan ke atas akan melayakkan pembeli untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah premium.

Model Fidelio Soundbar HTL9100 dijual pada harga RM2,999 dan boleh didapati di kesemua gedung jualan utama.

Reka bentuk sebuah artifak hitam anggun berbentuk silinder berjalur perak, Philips Fidelio HTL9100 merupakan karya agung minimalisyang direka khas untuk mereka yang mempunyai kekangan ruang. 
 

Pergerakan audio yang mengagumkan ini menghidupkan filem, permainan, rancangan televisyen dan muzik. Ini merupakan sistem pawagam rumah spontan yang lebih praktikal untuk mereka yang menghadapi kekangan ruang.

Ketersambungan adalah mudah kerana satelit-satelit dipasang pada unit utama menerusi penghubung yang proprietari dengan sokongan magnet. 
 

Anugerah 

Selain daripada anugerah Home Theater Innovation 2013-2014 Award oleh European Imaging and Sound Association (EISA) pada 2013, pada majlis anugerah 2013 What Hifi Awards, rangkaian Philips Fidelio juga memenangi 3 anugerah termasuk Produk Terbaik bagi tahun tersebut dalam kategori Soundbar untuk Fidelio SoundBar HTL9100.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.