Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Hotel Mifuki Hotel Ho Chi Minh City Vietnam

Teringat kisah trip kami sekeluarga Review Hotel Mifuki Hotel Ho Chi Minh City Di Vietnam pada tahun 2012 yang mana ia antara percutian family ke negara Vietnam. Ia sebuah negara tinggalan Perang Dunia Kedua terbaik pernah MrJocko lawati. Kini Ho Chi Minh sudah semakin maju dan tarikan utama pelancong ke sana ialah kerana sejarah dan tinggalan Perang Dunia Kedua di samping lokasi pelancongan tradisional dan asli yang masih lagi wujud di sana.

MrJocko dan famili menginap di sebuah Butik Hotel yang dikenali sebagai Mifuki Hotel, terletak kira-kira 100 meter sahaja dari Pasar Ben Thant.

Review Hotel Mifuki Hotel Ho Chi Minh City Vietnam

Tempat Menarik di Ho Chi Minh, Vietnam

Pengalaman Naik Teksi Vinasun di Ho Chi Minh

 

Mifuki Hotel Ho Chi Minh City

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

 

 

MrJocko tempah bilik awal menggunakan promosi di Groupon masa tu. Harga asal bilik Deluxe yang tertera ialah sekitar VND 1,828,000 (RM275), tetapi dapat diskaun, MrJocko bayar sekitar RM100 sahaja untuk satu malam di Mifuki Hotel. Untuk pakej yang MrJocko ambil, kami ditawarkan sekitar RM300 untuk 4 hari 3 malam di Mifuki Hotel dengan disertakan sarapan pagi dan pengangkutan percuma dari Airport ke Hotel pada hari pertama.

 

 

 

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

 

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

 

 

 

Bilik Deluxe yang kami dapat memang besar. Dua Katil digabungkan ia menjadi satu saiz katil yang memang besar dan lebar. Ruang bilik memang memanjang dan mempunyai meja bacaan di tepi tingkap. Bilik air juga memang besar dilengkapi dengan Tab Mandi. Bilik ini juga dilengkapi dengan Safe Box dan juga Almari sederhana. Sudah tentu ada LCD TV yang mempunyai siaran TV Utama di Vietnam.

 

 

 

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

 

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

 

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

 

 

Kedudukan bilik yang berada di tingkat satu dan menghadap jalan raya agak menarik kerana dari bilik kami boleh meninjau apa yang berlaku di luar hotel dengan mudah. Banyak hotel butik di sekitar Ho Chi Minh hanya mempunyai 3 hingga 4 tingkat sahaja dan ia sangat bersesuaian untuk anda yang mempunyai bajet inap yang sederhana.

 

Tambah pula, setiap pagi, kami disediakan sarapan pagi dari pihak hotel di tingkat atas, open space. Menu kami cuma makan buahan dan roti sahaja kerana di hotel sekitar Ho Chi Minh, memang susah nak dapatkan menu yang halal.

 

 

 

Review Hotel Mifuki Hotel Ho Chi Minh City

 

Malaysia Travel Blogger

 

Review Hotel Mifuki Hotel Ho Chi Minh City

 

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

 

 

Lobby hotel di Mifuki Hotel Ho Chi Minh ini sememangnya menarik. Kalau sekali pandang, umpama lobby hotel bertaraf 5 bintang. Ini semua sebagai daya penarik kepada pelancong supaya menginap di hotel mereka. Servia kaunter dan room servis memang terbaik. Tekan no receptionist sahaja, minta air panas, sterika atau apa-apa sahaja, anda akan di layan dengan segera.

 

Untuk anda yang nak ke Ho Chi Minh, banyak hotel butik yang ada di sana. Namun, kalau nak cuba menginap di Mifuki Boutique Hotel ini, MrJocko memang sangat-sangat mengesyorkan anda membuat tempahan awal kerana untuk memudahkan trip anda ke sana.

 

Selamat melancong ke Ho Chi Minh City, Vietnam

 

Baca : Mifuki Hotel Website

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.