Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Siakap Sizzling Restoran D’Tandoor Damansara Utama Sedap

Siakap Sizzling D'Tandoor TerBAEK Sedap

Awal bulan Disember lepas, kami sekeluarga singgah ke D’Tandoor Damansara Utama. Untuk info, di Restoran D’Tandoor Damansara Utama ini menyediakan menu masakan citarasa India Muslim. Kali ni kami nak cuba menu Ikan Siakap Sizzling yang ada kat sana. Dengar kata menu kat sini banyak yang sedap, citarasa vegetarian dan India.

Kami sampai awal untuk makan tengahari dan kebetulan ruang makan masih lagi banyak yang kosong. Apa lagi, tentulah kami pilih tempat duduk yang selesa dan luas di Restoran D’Tandoor Damansara Utama.

 

 

Siakap Sizzling D'Tandoor TerBAEK Sedap

Oleh kerana aku, wife dan dua anak sahaja, kami ambik menu ala kadar. Itupun pasal aku beli voucher dari Everyday.com.my murah beb. Mana nak dapat harga pakej makan Ikan Siakap di Restoran D’Tandoor Damansara Utama semurah ini.

Bagi yang nak tahu, ini lah menu kami hari itu, Siakap Sizzling beserta dengan Papadom. Harganya sangat lah murah. Kalau publish rate di Restoran D’Tandoor Damansara Utama harga sekitar RM49.00/++, tetapi aku beli voucher to dapat diskaun 50%. Murah kan?

Kebetulan masa tu orang tak ramai, jadi, aku order satu lagi Chicken Masala, pun sedap. Cuma harga mahal sikit. Semangkuk kecil tu RM25.00/++. Apa pun menu Siakap Sizzling tu memang terbaik la,,, memang sedap… Berbaloi-baloi dengan harga diskaun 50%. Lain kali boleh cuba lagi menu tu…

Kejap jer dah licin
Dan anak-anak aku jugak gembira pasal dapat makan Papadom

 

Kalau bukan ada promosi pun, semestinya boleh cuba menu yan gsedap di Restoran D’Tandoor Damansara Utama ini. Sesekali layan tekak memang berbaloi sedap.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.