Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Buat Visa Ke Jepun Cara Nak Buat Visa

Masa rehat tengahari tadi aku terpaksa ber”kejar” ke tempat buat Visa untuk melawat negara Jepun. Tahun ni aku dapat rezeki lebih. Tahun ni aku akan ke Jepun, Hooreyyy!!! Ini Pengalaman Buat Visa Ke Jepun.
Tarikh tutup dah dekat, jadi kena hantar cepat sebelum esok. Yang lain semua dah setel. Tiket, Tour Arrangement, Hotel, Makan minum dan aktiviti lain semua sudah sedia. Kami akan ke sana dalam masa terdekat. Tak sabar wehhh,,,
Nasib baik juga cara untuk memohon visa ke Jepun ni tak da la payah sangat. Nasib baik juga, kami tidak perlu bayar apa-apa untuk mendapatkan visa ke negara matahari terbit, Jepun. Apa pun, masih kena apply seperti biasa dan harap-harap lulus dengan mudah. Yang rumit sikit pasal visa ke Jepun ni, kena dapatkan statement akaun bank, investment atau harta-harta yang ada di Malaysia, bagi tujuan memastikan pelancong atau mereka-mereka yang nak ke Jepun bukan dari kalangan mereka yang mahu tinggal secara haram di sana.
Pengalaman Buat Visa Ke Jepun

 

Pengalaman Buat Visa Ke Jepun Cara Nak Buat Visa
Brader kat kaunter tu bagitau, biasanya urusan memohon visa ini tidak perlu di interview seperti Visa ke Amerika Syarikat yang lebih ketat. Dan prosesnya juga lebih mudah dari proses Visa ke US. Untuk proses visa berkumpulan ini akan memakan masa selama 2 minggu sahaja.
Tak sabar nak ke Jepun, harap-harap masa tu, musim luruh. tak sejuk sangat dan view landskap di Tokyo cantik seperti yang aku tengok internet. 🙂

MrJocko.com

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.