Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka

Selepas 2 hari berada di Kyoto, MrJocko dan wife kembali ke bandar Osaka. Kalau nak tahu, antara rangkaian hotel yang boleh korang cuba untuk menginap di sini ialah Hotel Via Inn. Banyak kali MrJocko dengan review Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka. Ia adalah dalam kumpulan JR Group, satu rangkaian hotel yang terkenal dan terbaik di Jepun.

Di Kansai sahaja mereka ada enam (6) Hotel Via Inn termasuk Hotel Via Inn Shinsaibashi, Hotel Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori, Hotel Via Inn Muromachi, Hotel Via Inn Shin-Osaka, Hotel Via Inn Shin-Osaka West dan Hotel Via Inn Himeji.

Kesemua hotel Via Inn ini terletak di kawasan tumpuan pelancong dan dekat dengan stesen Keretapi ataupun Subway di Jepun.

Hotel Via Inn Shinsaibashi

Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka

 

Kali ini, MrJocko dan wife menginap di Hotel Via Inn Shinsaibashi Nagahoridori, bersebelahan sahaja dengan Shinsaibashi Station. Kalau nak ke tempat shopping Shinsaibashi, jalan kaki cuma 5 minit sahaja. Lagipun, bilik di sini agak besar dan semestinya pakej harga bilik termasuk PERCUMA sarapan pagi untuk 2 orang.

Paling menarik, korang boleh inform staff di Lobby Hotel untuk request menu Friendly Muslim untuk sarapan. Mudah dan tak perlu risau dengan menu yang mungkin boleh buat korang risau.

 

Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka

 

Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka

Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka

 

Memandangkan kami diberi bilik di tingkat 12, rezeki bilik berada di corner dan mengadap jalanraya. View dari bilik memang cantik. Tambah pula, saiz TV dalam bilik memang besar dan Full HD.

Bilik air pun besar dan semestinya di Jepun, kebanyakkan bilik hotel dilengkapi dengan Bathtub.

 

Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka Hotel Via Inn Shinsaibashi Antara Hotel Best Di Osaka

 

Untuk harga sekitar USD120 untuk pakej 2 hari 1 malam dengan sarapan pagi Percuma, ia memang berbaloi. Alhamdulillah, best sangat-sangat menginap di sini kerana keadaan bilik yang luas dan besar serta view yang cantik.

Balik dari shopping dari Shinsaibashi dan Dotonbori, kami cuma jalan kaki. Sampai bilik hotel, boleh mandi air panas sambil berendam seketika untuk hilangkan penat kaki yang lenguh. Tak perlu nak risau, memang ia selesa sangat-sangat.

Untuk yang nak percutian yang selesa dengan ruang bilik yang cantik, kemas dan memuaskan, boleh cuba rangkaian hotel Via Inn di Osaka. Katanya, akan ada pembukaan hotel Via Inn yang baru di kawasan Tenoji. 

Untuk tempahan, boleh layari laman web ini : Hotel Via Inn Di Osaka

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.