Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Kedai Jalan Jalan Japan Berbaloi Atau Tidak?

Pertama kali kenal kedai Jalan Jalan Japan ketika singgah di kedai ini di Skypark One City USJ beberapa tahun yang lepas. Ya, memang ada banyak produk yang dibawa masuk dari Jepun, termasuk baju, seluar, mainan, beg, kasut, perabut dan macam-macam lagi. Persoalannya, adakah berbaloi beli barang di sini. Ini Review Kedai Jalan Jalan Japan Berbaloi Atau Tidak dari saya, MrJocko.

Sejak dari tahun 1980-an, ramai orang Malaysia obses dengan kemajuan teknologi Jepun. Saya juga memang antara peminat produk jenama Jepun dan memang seorang collector jam G-Shock di Malaysia. Kenapa ramai orang Malaysia suka produk Jepun? Antaranya sebab kualiti dan kemampuan kualiti produk tersebut.

Baca : Pengalaman Saya Travel Murah Ke Jepun

 


Review Kedai Jalan Jalan Japan Berbaloi Atau Tidak?

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-01 copy
 

Mungkin sebab di Malaysia ada ramai peminat produk Jepun, maka ada syarikat mengambil peluang untuk membawa masuk produk Jepun ke Malaysia. Namun, tidak seperti Daiso, Muji, Isetan dan beberapa syarikat lain, syarikat ini membawa masuk produk yang terpakai, preloved dan barangan bundle dari Jepan untuk dijual di Malaysia. Dengan kata mudah, Jalan Jalan Japan ni adalah kedai Bundle dari Jepun.

Ya, untuk peminat dan pengumpul figurine, mainan, jam Casio dari Jepun dan beberapa produk Jepun yang popular di sana, ia umpama syurga kalau berkunjung ke Jalan Jalan Japan di One Shamelin Mall ini. Tetapi, tidak banyak sebenarnya produk yang betul-betul ‘bernilai’ dijual di sini.

Tidak dinafikan, harga produk yang dijual di sini, jauh lebih murah berbanding produk biasa, tetapi harga yan gditawarkan, memang berpadanan sebab ia semua adalah produk terpakai atau sudah lama digunakan.
 

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-03

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-02

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-04
Baju Winter Jepun Terpakai

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-05

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-06
Beg Tangan Terpakai dari Jepun
Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-07
Peralatan Golf terpakai di Jepun

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-07

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-07
Mainan dan Soft Toys Terpakai dari Jepun

 

Baca : Tempat Borong Jam GShock Murah di Tokyo

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-11

Baca : Jam GShock GA2200 Terbaru 2021 Dari Jepun
 

Banyak produk terpakai dari Jepun dijual di Jalan Jalan Japan, tetapi ada juga produk yang dijual boleh dikatakan terlalu teruk. Kasut sebagai contoh, ada yang sudah rosak di bahagian tapak dan kotor melampau, masih lagi dijual dibahagian rak. Beg tangan ada banyak, tapi ada banyak juga yang koyak dan rosak.

Terpulang kepada pembeli untuk membeli produk yang ditawarkan. Kalau dah suka, biasanya rosak ke, buruk ke, kotor ke, mereka akan tetap beli. Jadi, membeli di Jalan Jalan Jepun, atas risiko sendiri. Kalau rasa berbaloi, boleh beli. Kalau rasa tidak berbaloi, tak payah nak beli.

Cuma nak tanya, kalau produk seperti papan Surfboard yang banyak seperti ini, ada ke pembeli? Ada juga produk lain yang ada di Jalan Jalan Japan yang saya rasa tidak sesuai pun dengan pasaran Malaysia.

Review-Kedai-Jalan-Jalan-Jepun-Cheras-07
Surfboad pun ada jual

 

Saya bertanya kerana, suatu hari nanti, produk yang tidak laku dari Jepun ini akan menjadi sampah di Malaysia. Bila jadi sampah, agaknya ke mana kita nak buang?

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.