Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Syarikat Ini Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan

Ada banyak hikmah dan kebaikan bila seluruh dunia dilanda wabak pandemik Covid-19. Paling ketara, dunia seakan reset kembali keindahan semulajadi dengan air yang kembali jernih dan udara yang kembali sihat. Kini, ada beberapa Syarikat Ini Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan.

Walaupun mereka mula meneruskan perkhidmatan penerbangan mereka, syarikat-syarikat ini seperti Delta, American, KLM dan EasyJet mengambil langkah berjaga-jaga. Hidangan air alkohol di dalam penerbangan akan dihentikan sementara. Keputusan ini diharap dapat meminimumkan perjalanan penumpang dari tempat duduk ke bilik air penumpang (laboratory) dan penumpang akan lebih habiskan masa mereka dengan penutup muka, lapor CNN.

Baca : Pelancongan Dunia Terjejas Teruk Akibat Virus Covid-19

Syarikat Ini Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan

Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan
 

Larangan alkohol adalah sebahagian daripada langkah yang lebih besar untuk mengurangkan pilihan makanan dan minuman di atas penerbangan. Sebelum ini, ada banyak syarikat penerbangan menyediakan minuman keras beralkohol. Tapi kini mereka memilih untuk hanya menyajikan air botol (air mineral) dalam penerbangan.

Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan memerlukan penggunaan topeng sepanjang penerbangan penuh kecuali ketika penumpang makan dan minum.

American Airlines, yang mengisi tempat duduk di dalam pesawat mereka dengan kapasiti 55%, menghentikan penjualan alkohol pada kebanyakan penerbangan domestik untuk penumpang kelas ekonomi, tetapi akan terus menyajikannya di kelas pertama dan penerbangan antarabangsa yang mempunyai jarak penerbangan panjang.
 

Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan

Hentikan Sementara Alkohol Dalam Penerbangan

Di syarikat penerbangan bajet EasyJet Britain, air akan menjadi satu-satunya minuman penumpang dan itu perlu diminta dari Kru Penerbangan. Mereka juga akan memantau penggunaan tandas.

Syarikat penerbangan utama KLM Belanda tidak lagi membawa alkohol, tetapi penumpang boleh terus meminta lebih banyak air dan minuman ringan kepada para kru.

Delta Airlines akan berhenti menyajikan alkohol dalam penerbangan domestik atau penerbangan ke Amerika, tetapi akan menyajikan bir, wain dan minuman keras dalam penerbangan antarabangsa.

Setakat ini, tidak jelas sama ada penumpang dibenarkan membawa alkohol dan makanan ringan mereka sendiri, dengan membelinya di ruangan Shopping Mall Perlepasan. Namun, secara teori ia satu langkah yang bijak dalam menjalani kehidupan New Normal.

Sumber : Forbes

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.