Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Alpensia Stadium Ski History Museum Di PyeongChang Korea

Alpensia Ski Resort memang destinasi pelancongan ski popular di Korea Selatan. Di sini juga, lahir ramai jaguh Ski Korea Selatan yang berjaya mengharumkan nama negara. Sebab itu, sempena dengan promosi Winter Olympic 2018 PyeongChang, di sini ada Alpensia Stadium Ski History Museum di PyeongChang Korea Selatan.

Ski History Museum ini baru sahaja dibuka dan ia kini menjadi salah satu destinasi wajib lawat pelancong kalau bercuti di Gangwon Province, khususnya di PyeongChang.

Baca : Hotel Terbaik Sekitar Alpensia Pyeongchang Korea

Stadium Ski History Museum

 


Alpensia Stadium Ski History Museum

Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea
 

Satu ruang sederhana besar di khususkan untuk Muzium Sejarah Ski di Korea ini. Ia terletak di Tingkat 1 Alpensia Stadium dan masuk adalah percuma.

Untuk info, Alpensia Stadium akan menjadi salah satu dari venue utama Sukan Musim Sejuk 2018 yang akan berlangsung tahun hadapan. Ia akan menjadi tumpuan ramai peminat sukan seluruh dunia serta atlet sepanjang kejohanan tersebut.

 

Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea

 

Melihat kepada barang lama yang bersejarah yang ada dipamerkan di sini, ia memang sesuatu yang mengujakan. Rupanya, Korea memang antara negara yang punyai ramai Atlet sukan Ski hebat dunia sejak dahulu lagi.

Peralatan sukan yang digunakan puluhan tahun dahulu, pingat kejayaan atlet Korea, catatan serta banyak peristiwa bersejarah yang mungkin akan menarik minat semua yang berkunjung di Ski History Museum di Alpensia Stadium PyeongChang ini.

 

Alpensia Stadium Ski History Museum In PyeongChang Korea
 

Baca : Pertama Kali Tonton Hockey Ice di Stadium

Walaupun di Malaysia tidak ada salji dan kami tidak berpeluang untuk aktif dalam sukan musim sejuk seperti ini, tetapi info menarik yang dipaparkan di Ski History Museum ini memang membuka mata sesiapa sahaja yang datang melawatnya.

Sejarah sukan ski di Korean banyak merubah dan memberikan inspirasi kepada ramai orang, khususnya rakyat Korea sendiri. Dengan sukan seperti Ski ini juga, negara Korea dikenali seluruh dunia dan punyai antara atlet sukan musim sejuk yang digeruni oleh perserta lain.

Teruja juga melihat peralatan ski yang lama yang diperbuat daripada kayu. Aksesori lain pun banyak dipamerkan di sini sebagai tatapan pelancong seluruh dunia. Kalau nak gambarkan dengan perkataan memang susah sebab di Malaysia memang kita tak pernah lihat. Kalau nak tahu, kena la datang ke Alpensia Stadium Ski History Museum.

Banyak yang MrJocko belajar tentang sejarah Ski di Korea. Kalau nak tahu apa yang menarik di Alpensia, boleh layari laman web http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1351776

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.