Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Harga RM499 Malaysia

Kehidupan serba ringkas dengan teknologi hebat ketika ini memberi banyak pilihan untuk semua. Untuk kaki audio, kami nak perkenalkan earbuds terbaru untuk anda. Sekali lagi, jenama Samsung kembali dengan produk audio terbaru mereka. Ini adalah artikel Unboxing Samsung Galaxy Buds2 dengan harga jualan RM499 di Malaysia.

Walaupun banyak gadget seperti ini di pasaran, kami berani tekankan bahawa kerjasama Samsung dan AKG Audio ini memang tidak pernah gagal dalam menghasilkan bunyi terbaik untuk halwa telinga anda. Paling penting, ia jenama yang diyakini dan dipercayai sejak puluhan tahun yang lepas.

Baca : Unboxing Samsung Galaxy Buds Pro Malaysia

Samsung Galaxy Buds2

 


Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Harga RM499 Malaysia

Unboxing Samsung Galaxy Buds2
 

Untuk model kali ini, kami memilih untuk mendapatkan warna Putih. Selain warna ini, ada warna Lavender, Graphite dan Olive Green.

Dalam set kotak Samsung Galaxy Buds2 ini, Samsung menyertakan kotak saiz sederhana yang mana di dalamnya terdapat Dock Peranti, sepasang buds2, USB Type C cable charger, manual dan silicone tips untuk buds.

Saiz untuk Galaxy Buds2 hampir sama dengan saiz Galaxy Buds Pro yang kami pernah beli. Saiz sangat sesuai untuk pocket, tak kira mana-mana pocket senang dibawa ke mana-mana sahaja.
 

Unboxing Samsung Galaxy Buds2

Unboxing Samsung Galaxy Buds2

Unboxing Samsung Galaxy Buds2

Unboxing Samsung Galaxy Buds2

Unboxing Samsung Galaxy Buds2

Unboxing Samsung Galaxy Buds2

Unboxing Samsung Galaxy Buds2
 

Antara sebab kami pilih Galaxy Buds2 ini kerana fungsinya yang bunyinya well-balanced, noise cancelling dan juga selesa dengan lubang telinga.

Paling menarik untuk model ini, fungsinya yang boleh mengurangkan kebisingan luar, bunyi latar hingga 98% untuk memastikan anda benar-benar boleh mendengar muzik & audio anda dengan kedua-dua buds di telinga anda.

Model ini juga dikatakan model Earbud paling ringan pernah dibuat oleh Samsung. Galaxy Buds2 ringan (masing-masing 5g) dan menyimpan muzik di telinga anda untuk gaya hidup yang paling aktif. Dengan tiga saiz petua silikon yang lembut dan fleksibel, anda boleh mendapatkan kesesuaian khusus untuk mendapatkan pengalaman ANC terbaik. Cari yang sesuai dengan menu “Uji fit Earbud” di aplikasi Galaxy Wearable.

Tempah unit Galaxy Buds2 anda sekarang di laman web Samsung Malaysia dan terima unit percuma Cover Tahan Air percuma bernilai RM99. (Sementara Stock Masih Ada)

Untuk informasi semua, model seperti Galaxy Buds2 ni anda boleh padankan dengan mudah samada dengan peranti Smartwatch Galaxy Watch4 Series, Smartphone Samsung, sebarang telefon android atau juga boleh sahaja dengan peranti Apple. Pasti lebih terpesona dengan buds wireless seperti ini, tidak lagi terikat dengan wayar yang menyusahkan.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.