Thursday, September 27, 2012

Bila Pembentangan Bajet 2013




Bila memasuki bulan September atau Oktober, semestinya ramai yang tertunggu-tunggu kisah Pembentangan Belanjawan tahun akan datang yang kebiasaannya akan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan. Memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jawatan Menteri Kewangan juga adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia, maka kita aka melihat Perdana Menteri, sebagai orang yang bertanggungjawab membentangkan Budget 2013 di Parlimen.

Bila pembentangan Belanjawan 2013 ini? Ia dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat, 28 September 2012 nanti. 

Seperti biasa, antara kandungan teks belanjawan tahun 2013 nanti mungkin yang menjadi perhatian adalah insentif tambahan kepada rakyat samada pekerja awam atau swasta. Pemberian bonus tahunan juga semestinya ditunggu-tunggu. Pengumuman kenaikan atau pengurangan Cukai Kerajaan terhadap barangan yang diniagakan di Malaysia, Kos Sara Hidup, Peningkatan kemudahan pengangkutan awam, pertumbuhan ekonomi, dan banyak lagi yang menjadi minat pelbagai golongan rakyat Malaysia.

Ada juga berita, pada minggu yang sama, pihak Pembangkang (Pakatan Rakyat) akan membentangkan Belanjawan Banyangan 2013 mereka sebagai salah satu alternatif belanjawan Malaysia pada tahun 2013 nanti.

Sama-sama kita tunggu pembentangan Belanjawan 2013 nanti.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998