Harga Pakej Umrah Murah Promosi Matta Fair 2018 KSB Travel

Hits: 355

Musim haji baru sahaja selesai dalam beberapa hari yang lepas. Maka, musim untuk Ibadah Umrah akan berganti. Untuk info, pakej-pakej ibadah Umrah sudah mula dibuka. Antara tawaran pakej yang menarik ialah Harga Pakej Umrah Murah Promosi Matta Fair 2018 KSB Travel Sdn Bhd. Harga Pakej Umrah mereka bermula dengan Harga RM5350 sahaja untuk seorang.

KSB Umrah antara sebuah syarikat berdaftar di Malaysia yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam menguruskan urusan Ibadah Haji dan Umrah di Malaysia dengan menawarkan banyak pakej-pakej haji dan umrah dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Harga Pakej Umrah Murah Promosi Matta Fair 2018 KSB Travel
 

pakej umrah promosi matta fair 2018 ksb travel 01 copy
Pakej Umrah Matta Fair 2018

 

Mungkin ada antara kita, keluarga kita, atau kenalan kita yang sudah merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah pada tahun ini, atau awal tahun 2019 nanti, boleh la merancang lebih awal.

Kata orang, pergi Umrah Musim Sejuk antara pengalaman mengerjakan Ibadah Umrah yang terbaik. Antara musim terbaik sekitar bulan Disember hingga bulan Januari.
 

pakej umrah promosi matta fair 2018 ksb travel 01 copy
 

Baca : MrJocko dan Pakej KSB Travel Sdn Bhd

Pihak KSB Umrah menawarkan harga promosi Pakej Umrah sempena dengan promosi Matta Fair 2018 September tahun ini. Ia antara harga terbaik setakat ini kerana kalau tak silap, sebelum ini pakej seperti ini adalah berharga sekitar RM6000++.

Dengan bayaran sebanyak ini, Harga Pakej Umrah Promosi Matta Fair 2018 ini, ia termasuk semua kos penerbangan, penginapan, urusan pengangkutan, makan dan minum serta bayaran untuk Mutawwif, seorang Ustaz yang berperanan sebagai pengiring dan juga Tour Guide semasa urusan Ibadah Umrah di Madinah dan Mekah.

Untuk kali ini, pakej harga Umrah Promosi Matta Fair 2018 ini, pihak KSB Umrah menggunakan penerbangan Saudi Arabia untuk perjalanan pergi dan perjalanan kembali ke tanahair. Manakala antara pilihan hotel terbaik ialah Hotel Le Meridien di Mekah dengan jarak sekitar 150 meter dari Masjidil Haram dan Hotel Royal Nozol Inn di Madinah dengan jarak hanya sekitar 100 meter dari Masjid Nabawi.

Harga tawaran untuk Harga Pakej Umrah Murah Promosi Matta Fair 2018 KSB Travel Sdn Bhd serendah RM5350 ini hanya sah untuk tempoh promosi dari sekarang hingga tarikh 9 September 2018. Boleh survey, tetapi ini antara harga pakej Umrah Murah yang ditawarkan sempena Matta Fair.

Bayaran minimum boleh dibayar kepada pihak KSB Travel Sdn Bhd sebagai bayaran ‘Tempahan Awal’.

Segala urusan berkaitan dengan Pakej Umrah KSB Travel ini, boleh layari di laman web KSB UMRAH atau boleh terus hubungi talian rasmi mereka +603-92817878 yang berpengkalan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Semoga kita semua, digerakkan hati dan dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamu NYA dan melaksanakan Ibadah Umrah dengan mendapat keberkatan berterusan. Amin.

p/s : Harga Pakej Umrah Murah Promosi Matta Fair RM5350 Tertakluk Kepada Terma dan Syarat KSB Travel Sdn Bhd

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.