GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Party Buih Karoks Bersama Geng Bujang Lelaki

Setelah hampir setahun tak join geng-geng kaki Karoks ni, MrJocko penuhi undangan sebagai Penyanyi Latar kepada Bro Bulat kita bersempena dengan musim STRESS KERJA di hujung tahun ini. Nampaknya, kali ini ia lebih meriah bila semua geng bujang lelaki. Maka berlakunya Party Buih Karoks Bersama Geng Bujang Lelaki.

Seperti biasa, kaki-kaki karoks tegar termasuk Sopi, Zam Suki dan juga Bro Bulat sendiri akan berkampung di Red Box Pavilion selama beberapa jam untuk menyambut ketibaan musim stress kerja. Kenapa karoks, kerana buleh la memekik melolong dalam bilik tanpa orang lain nak marah. Suara sedap ke, tak sedap ker, tak da orang kisah, hahaha…

Party Buih Karoks Bersama Geng Bujang Lelaki

Party Buih Karoks Bersama Geng Bujang Lelaki

Sessi utama bagi yang pandai berkaroks seperti Bulat dan Sopi semestinya menyanyi menjadi aktiviti utama. Bagi penyanyi latar seperti aku dan Zam Suki, menu makan malam yang sangat special memang menjadi idaman.

Penuh dengan menu best seperti Oyster, Kepah, Udang Galah, Sotong, Ikan Kerapu, Ayam, Daging dan bermacam lauk pauk bersama hidangan Sushi dan pencuci mulut yang bermacam jenis. Pendek kata, makan, melalak kejap, makan, makan, melalak, pastu makan, makan makan makan dan makan. Sangat best.

Buffet Redbox Karaoke

Walaupun sessi party buih dan joget lambak kami ni boleh diteruskan sehingga jam 3 pagi, kerana masa tu orang tak ramai, tetapi kerana ketiadaan suara dan keletihan kekenyangan, kami tamatkan pada jam 10.00 malam jer.

Terima kasih semestinya kepada host dan penaja utama sessi karaoke kami, Bro Bulats, semoga terus sukses dengan lagu Balada nya serta lagi Mandarin dari Sopi. Tak ketinggalan kami, MrJocko dan Zam Suki dengan lagu Yang Penting Hepi – Jamal Mirdad 🙂

Glamorous MrJocko

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.